Connect with us

PANDUAN

Saat Itu 4zab Allah Akan Bermula! Mufti Jelaskan Diakhirat Mulut Pembuli Akan Dikunci, Hanya Tangan Dan Kakinya Berbicara

Published

on

Saat Itu 4zab Allah Akan Bermula! Mufti Jelaskan Diakhirat Mulut Pembuli Akan Dikunci, Hanya Tangan Dan Kakinya Berbicara

Enam bekas penuntut berkenaan, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali bagaimana pun terlepas dari hvkuman g4ntung. Manakala baki 12 darinya menj4lani hvkuman penj4ra 3 tahun.
Isu bvli ini mendapat perhatian dari bekas Mufti Wilayah, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri pernah menulis isu ini suatu masa dulu dari sudut persepktif islam.

Sejak semalam, kes bvli mel4mpau ditek4p dengan seterik4 w4p sebanyak 90 kali melibatkan 18 pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mendapat perhatian ramai apabila Mahkamah Tinggi menj4tuhkan hukvman penj4ra 18 tahun kepada enam bekas penuntut UPNM selepas didapati bersalah menyebabkan keceder4an tanpa niat membvnuh terhadap Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Perspektif Islam terhadap bvli

Perkara penting yang perlu semua kita fahami, Islam adalah satu agama yang benar-benar menjaga dan memelihara karamah insaniah (kemuliaan insan). Sebab itu kita dapati bahawa di dalam Islam terdapatnya hukuman qisas yang mana antara takrifannya adalah: Hukuman yang ditentukan kadarnya dari sudut syarak sebagai hak kepada anak Adam.

Dalam menjelaskan hal ini, Allah S.W.T berfirman:

وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ

Maksudnya: Dan demi sesungguhnya Kami telah muliakan anak Adam. Surah al-Isra (70)

Ketika menafsirkan ayat ini, al-Hafiz Ibn Kathir rahimahullah berkata: Allah S.W.T mengkhabarkan bahawa Dia memuliakan anak Adam dengan cara Dia menciptakan mereka dengan sebaik-baik kejadian. Rujuk Tafsir al-Quran al-Azhim (5/97).

Manakala larangan dan balasan buat mereka yang memukul orang lain adalah tersangat banyak seperti yang disebutkan di dalam al-Quran dan hadis-hadis. Firman Allah S.W.T:

وَوُضِعَ ٱلۡكِتَٰبُ فَتَرَى ٱلۡمُجۡرِمِينَ مُشۡفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَٰوَيۡلَتَنَا مَالِ هَٰذَا ٱلۡكِتَٰبِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةٗ وَلَا كَبِيرَةً إِلَّآ أَحۡصَىٰهَاۚ وَوَجَدُواْ مَا عَمِلُواْ حَاضِرٗاۗ وَلَا يَظۡلِمُ رَبُّكَ أَحَدٗا

Maksudnya: Dan diletakkan kitab (buku amalan), maka kau dapat melihat golongan yang melakukan dosa-dosa berasa takut terhadap apa yang terdapat di dalamnya. Dan mereka berkata: “Alangkah celakanya kami ini, kitab apakah ini yang tidak terlepas dosa kecil dan dosa besar melainkan kesemuanya tercatat !”, mereka mendapati apa yang telah mereka kerjakan sebelum ini dan Tuhan kamu tidak pernah menzalimi seseorang pun. Surah al-Kahf (49)

Di dalam sebuah hadis sahih daripada Abu Hurairah R.anhu beliau meriwayatkan dari Nabi S.A.W baginda bersabda:

إِنَّ الْمُفْلِسَ مِنْ أُمَّتِي يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِصَلاَةٍ وَصِيَامٍ وَزَكَاةٍ وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ هَذَا وَقَذَفَ هَذَا وَأَكَلَ مَالَ هَذَا وَسَفَكَ دَمَ هَذَا وَضَرَبَ هَذَا فَيُعْطَى هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْضَى مَا عَلَيْهِ أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَتْ عَلَيْهِ ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ ‏

Maksudnya: Sesungguhnya orang muflis dari kalangan umatku adalah sesiapa yang datang pada hari kiamat dengan solat, puasa, dan zakat. Dia juga datang dalam keadaan pernah mencela orang ini, menuduh orang ini, memakan harta orang ini, menumpahkan darah orang ini, memukul orang ini. Maka diberikan kepada orang-orang tersebut kebaikan-kebaikan dirinya. Sekiranya kebaikannya sudah habis dalam keadaan perhitungan ke atasnya belum lagi habis, maka diambil kejahatan-kejahatan mereka itu tadi lalu dicampakkan kepadanya dan kemudiannya dia dicampak ke dalam neraka. Riwayat Muslim (2581)

Kata al-Imam al-Nawawi rahimahullah ketika mensyarahkan hadis ini: Sangat benarlah Nabi S.A.W. Kerana sesungguhnya inilah sebenar-benar muflis. Adapun seorang yang muflis di dunia, maka sesungguhnya dunia itu datang dan pergi.

Boleh jadi seseorang itu asalnya fakir, lalu dia berubah menjadi kaya ataupun sebaliknya. Akan tetapi, sebenar-benar muflis itu adalah ketika seorang itu muflis atas segala kebaikan yang dia telah berpenat lelah dalam mengerjakannya. Di hadapannya hari kiamat yang amalan kebaikannya akan menjadi saksi. Kemudian kebaikan tersebut diambil oleh si fulan dan si fulan. Pada hadis ini menunjukkan ancaman terhadap perbuatan melakukan kejahatan ke atas makhluk. Rujuk Riyadh al-Solihin, Al-Nawawi (1/251).

KENYATAAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Kami nyatakan bahawa sesuatu perkara itu apabila ia bertentangan dengan agama dan nilai kemanusiaan, maka ia adalah tertolak dan tidak boleh diterima sama sekali.

Allah S.W.T mengajar kita untuk menjadi seorang hamba yang taat kepada perintah-Nya, saling menghormati sesama manusia, berkasih sayang antara satu sama lain, serta menjaga hak-hak karamah insaniah. Ingatlah, apabila kita membuli orang lain boleh jadi kita juga bakal dibuli oleh orang lain dalam hari-hari yang mendatang. Boleh jadi anak-anak kita juga akan menjadi mangsa buli pada masa hadapan kelak.

Hendaklah setiap mereka yang terlibat dengan perbuatan buli ini merasa insaf, bahawa setiap tindakan dan amalan kita di atas bumi ini akan dinilai oleh Allah S.W.T. Dari sekecil-kecil perbuatan sehinggalah sebesar-besar perkara kesemuanya itu tidak terlepas dari catatan dan hitungan Malaikat. Tambahan pula perbuatan menzalimi manusia yang lain tanpa hak. Firman Allah S.W.T:

وَوُضِعَ ٱلۡكِتَٰبُ فَتَرَى ٱلۡمُجۡرِمِينَ مُشۡفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَٰوَيۡلَتَنَا مَالِ هَٰذَا ٱلۡكِتَٰبِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةٗ وَلَا كَبِيرَةً إِلَّآ أَحۡصَىٰهَاۚ وَوَجَدُواْ مَا عَمِلُواْ حَاضِرٗاۗ وَلَا يَظۡلِمُ رَبُّكَ أَحَدٗا

Maksudnya: Dan diletakkan kitab (buku amalan), maka kau dapat melihat golongan yang melakukan dosa-dosa berasa takut terhadap apa yang terdapat di dalamnya. Dan mereka berkata: “Alangkah celakanya kami ini, kitab apakah ini yang tidak terlepas dosa kecil dan dosa besar melainkan kesemuanya tercatat !”, mereka mendapati apa yang telah mereka kerjakan sebelum ini dan Tuhan kamu tidak pernah menzalimi seseorang pun. Surah al-Kahf (49)

Dalam surah yang lain Allah S.W.T berfirman:

ٱلۡيَوۡمَ نَخۡتِمُ عَلَىٰٓ أَفۡوَٰهِهِمۡ وَتُكَلِّمُنَآ أَيۡدِيهِمۡ وَتَشۡهَدُ أَرۡجُلُهُم بِمَا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ

Maksudnya: Pada hari ini kami kunci mati ke atas mulut-mulut mereka, dan Kami jadikan tangan-tangan mereka berbicara, dan kaki-kaki mereka menjadi saksi terhadap apa yang telah mereka kerjakan dahulu. Surah Yaasin (65)

Ketika mana kita menyedari hakikat ini, bahawa segala amalan kita akan dihitung dan dipertanggungjawabkan, maka sudah tentulah kita akan merasa insaf. Disuburkan pula dengan rasa hormat serta kasih sayang sesama manusia yang lain. Ingatlah bahawa kita semua akan kembali menemui Tuhan kita. Sekiranya baik segala amalan kita di dunia ini maka kita pasti akan mendapat kebaikan di akhirat sana. Sebaliknya, jika amal-amal buruk sahaja yang kita bawa sepanjang perjalanan di dunia ini, buruk jugalah balasan yang bakal kita terima.

Akhir kalam, sebagai seruan kepada diri sendiri, keluarga, sahabat handai, dan masyarakat, marilah kita sama-sama membulatkan tekad agar dapat kita hidup dalam keadaan tolong-menolong, saling berkasih sayang, serta hormat-menghormati antara sesama manusia. Jauhilah perbuatan buli-membuli dan mainkanlah peranan masing-masing sebagai ibubapa, guru-guru, tokoh-tokoh masyarakat dalam membasminya. Semoga Allah S.W.T merahmati kita semua serta menjadikan segala perbuatan dan tingkah laku kita ini bakal menjadi saham amal soleh buat kita di akhirat kelak. Ameen.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: Kashoorga

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.