Uncategorized
Niat Puasa Ganti Dan 5 Golongan Yang Wajib Ganti Puasa
Niat Puasa Ganti. Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat di tunggu- tunggu. Pada bulan ramadhan semua umat islam wajib untuk melakukan ibadah puasa.
Berpuasa di bulan Ramadhan mempunyai banyak kebaikkanya buat diri kita dan umat islam. Disebabkan itulah, semua umat islam wajib berpuasa pada bulan Ramadhan. Malah, ia termasuk dalam rukun islam yang ke tiga.Namun begitu, jika mereka yang tidak mampu untuk berpuasa pada bulan ramadhan, mereka perlu menggantikanya atau membayar fidyah selepas bulan ramadhan.
Apa Niat Puasa Ganti??
Sama seperti puasa di bulan Ramdhan, puasa ganti juga perlu di mulai dengan niat. Niatnya seperti berikut:
Nawaitu shouma ghodin an qadaa’in fardho romadoona lillahi ta’alaa.
Maksudnya:
Sahaja aku niat puasa esok hari kerana mengganti fardu ramadan kerana Allah Taala.
Boleh Ke Kita Gabung Puasa Ganti dengan Puasa Enam Sekaligus??
Ini antara persoalan yang sering kali bermain di fikiran kita semua. Sebenarnya, hukum sama ada kita boleh menggantikan puasa terdapat perbezaan pendapat dalam perkara ini. Antara pendapatnya ialah:
Pendapat 1:
Syaikul Islam Zakaria al-Ansari Rahimahullahu Taala: “Jika seseorang berpuasa pada Bulan Syawal untuk qadha bagi puasa Ramadhan, atau selainnya sama ada puasa nazar atau puasa sunat lain maka terhasil pahala sunatnya. Kerana topik perbincangannya adalah tentang puasa pada 6 hari daripada bulan Syawal…tetapi dia tidak akan memperolehi pahala yang sempurna sebagaimana yang diinginkannya melainkan dengan hanya dia berniat puasa khusus untuk 6 hari pada bulan Syawal sahaja. Terutamanya orang yang telah luput daripadanya puasa Ramadhan kerana tidak sesuai dia berpuasa Ramadhan dan seterusnya berpuasa 6 hari di bulan syawal” (Rujuk Kitab Syarqawi ‘ala al-Tahrir)
Pendapat 2:
Imam Ibnu Hajar Al-Haitami Rahimahullahu Taala dalam mengenai orang yang berniat puasa sunat bersama puasa wajib: “Jika diniatkan keduanya (puasa sunat dan pusat wajib), dia mendapat ganjaran bagi kedua-duanya atau diniatkan salah satu maka gugur tuntutan yang satu lagi dan tidak mendapat ganjarannya.
Berdasarkan pendapat tersebut dan mengikut pendapat yang muktamad, lebih afdhal jika seseorang itu menjadikan puasa qadha berasingan dengan puasa 6 pada bulan syawal. Namun begitu, menyatukan puasa qadha dengan puasa enam itu tetap diharuskan dan mendapat ganjaran pahala kedua-duanya mengikut pendapat yang dhaif.
Tetapi, menyegerakan qadha puasa itu adalah sikap yang terpuji dan dituntut oleh syarak terutama kepada sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur yang dibenarkan syarak. Semoga kita termasuk bersama-sama dengan orang bertaqwa.
Kedua-dua pendapat ini dan beberap pendapat lain anda boleh baca di Website Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Baca Juga: Solat Taubat Dan 3 Syarat Taubat Serta Panduan Lengkap
Golongan yang Wajib Ganti Puasa
Tadi, kami sudah terangkan mengenai niat puasa ganti, walaupun kita boleh menggantikan puasa yang telah di tinggalkan namun begitu, tidak semua golongan boleh meninggalkan puasa begitu sahaja. Ada beberapa golongan yang di benarkan untuk tidak berpuasa pada hari tersebut tetapi mereka wajib menggantikanya selepas bulan Ramadhan. Golongan tersebut ialah:
- Orang sakit yang ada harapan sembuh.
- Orang yang bermusafir (bukan kerana maksiat) melebihi dua marhalah.
- Orang yang kedatangan haid dan nifas.
- Orang yang meninggalkan niat puasa.
- Orang yang sengaja melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa.
- Orang yang pitam/mabuk sewaktu bulan Ramadhan.
Waktu Yang Di Bolehkan Menggantikan Puasa Dan Waktu Yang Di Haramkan Untuk Berpuasa
Di atas tadi, admin dah terangkan mengenai niat puasa ganti dan segala maklumat mengenai puasa ganti. Kini, Tiba masanya untuk admin terangkan mengenai waktu yang di bolehkan untuk berpuasa dan waktu di haramkan untuk berpuasa. Antaranya ialah:
Waktu Yang Boleh Puasa Ganti
Waktu yang di boleh puasa ganti ialah selepas bulan Ramadhan pada tahun tersebut sehinggalah sebelum bulan Ramdahan bulan berikutnya.
Waktu Yang Di Haramkan Berpuasa
Walaupun ada hari kita di benarkan untuk berpuasa, namun begitu ada juga hari yang kita tidak di benarkan berpuasa ganti. Hari tersebut ialah:
- Hari Raya Aidilfitri iaitu 1 Syawal
- Hari Raya Aidiladha iaitu 10 Zulhijjah
- Hari Tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah
Kita Mempunyai peluang Menggantikan Puasa Yang Telah Kita Tinggalkan
Kami sudah terangkan mengenai niat puasa ganti dan segala maklumat penting mengenai puasa ganti. Dengan penerangan yang kami berikan menunjukkan yang kita wajib menggantikan puasa setelah kita meninggalkanya.
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI3 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.