Pelajar di R0tan guru hingga p3mbaris h4ncur

Sekitar pagi semalam, seorang wanita bernama Puan Eda telah mendedahkan kejadian sedih yang berlaku kepada anaknya, Danish gara-gara tidak menyiapkan kerja sekolah. Ibarat melepaskan geram, seorang guru lelaki dikatakan membantai pelajar itu dengan pembaris hingga menyebabkan beberapa kecederaan di muka dan juga tangan.

Kertas siasatan dibuka…Polis tunggu arahan sebelum ambik keterangan

Tidak kisah sekiranya guru hendak merotan bagi tujuan mengajar, namun apa yang terjadi pada anaknya disifatkan agak keterlaluan. Dalam laporan Harian Metro semalam, kertas siasatan berhubung hal ini sudah dibuka namun polis masih menunggu arahan sebelum mengambil keterangan lanjut daripada guru terbabit.

 

Tolong jangan salahkan satu sama lain…Benda dah jadi

Menurut Puan Eda, kesan lebam di badan Danish masih ada ada selain merasa lenguh akibat bengkak. Dek kerana isu ini mendapat liputan meluas, dia berharap netizen tidak menyalahkan mana-mana pihak lagi-lagi di bulan mulia ini. Tambahnya lagi, dia langsung tiada niat untuk sengaja menjadikan kejadian itu sebagai bahan viral.

 

Harap kenyataan WhatsApp ni boleh buka mata ramai…Anak tak cakap bohong

Dalam pada itu, ibu ini sempat berkongsikan WhatsApp bersama penjaga kepada salah seorang pelajar lain yang turut berada di kelas sama ketika Danish teruk dihukum. Daripada perbualan tersebut, guru Matematik terbabit didakwa sememangnya ‘terkenal’ dengan sikapnya yang terlampau ‘tegas’. Malah ibu bapa lain juga mendedahkan bahawa ada anak-anak mereka yang gusar untuk bersekolah apabila tiba giliran pendidik itu mengajar.

Sumber : Facebook Harian Metro

Leave a Comment

error: Content is protected !!