MOTIVASI
Pelajar MRSM sedih dikelilingi rakan dari keluarga kaya, 2 tahun belajar tanpa iPad! Kini ‘lompat’ ke T20, umur 19 tahun jana 9K sebulan
Pelajar MRSM sedih dikelilingi rakan dari keluarga kaya, 2 tahun belajar tanpa iPad! Kini ‘lompat’ ke T20, umur 19 tahun jana 9K sebulan
Mengakui perit dengan kehidupan yang dilalui sejak kecil, gadis berusia 20 tahun ini nekad untuk mengubah nasib keluarganya.
Siapa sangka seorang asnaf mampu mengubah tarafnya menghampiri golongan kayangan T20.
“Selepas berpisah, saya bersama enam lagi adik-beradik dibesarkan sepenuhnya oleh mak dari kecil sehingga umur saya 17 tahun, mak tidak mempunyai kerja tetap.
Menceritakan kisah kehidupannya kepada mStar, Sarihan Mustapha berkata, dia hanya dibesarkan oleh ibu yang berpendapatan kira-kira RM500 sebulan.
“Memang ada bantuan ibu tunggal, tapi tak cukup pun nak tanggung perbelanjaan keluarga. Jadi dari kecil hingga tingkatan 5, setiap kali isi dalam borang ibu bapa memang saya tulis gaji mak RM500 sebulan.
View this post on Instagram
Menurut anak kelahiran Bachok, Kelantan itu lagi, keadaan lebih menyedihkan apabila dia berada di sekolah menengah.
“Kadang rasa malu sebab takut orang pandang rendah dan hina apabila mereka bertanya apa pekerjaan mak… ia berlanjutan sehingga saya masuk MRSM (Maktab Rendah Sains Mara),” luahnya yang merupakan anak keenam.
“Tingkatan 4 dan 5 saya dimasukkan ke MRSM Bitara (program khas)… di situ kebanyakan pelajarnya adalah daripada keluarga yang kaya serta mempunyai status seperti Datuk dan Datin.
Mana tidaknya, pendapatan ibu dan bapa rakan-rakan sekelas sangat besar dan ada yang mencecah puluhan ribu ringgit.
“Sedangkan semasa berada di tingkatan 5, mak saya tidak lagi bekerja kantin sebaliknya melakukan kerja kampung dengan gaji sekitar RM500.
Kenangan semasa di MRSM.
Mengimbau keperitan hidup yang dialami ketika itu, ujar Sarihan, hanya dua daripada 20 pelajar yang tidak mempunyai iPad untuk sesi pembelajaran.
“Di MRSM pula, sesi pembelajarannya menggunakan iPad sahaja. Jadi saya dengan famili yang sangat susah serta tiada adik-beradik yang boleh tolong pada masa itu, tidak mampu memiliki gajet berkenaan. Malah permohonan bantuan yang dihantar ke wakil rakyat tidak pernah dibalas, jadi saya teruskan pembelajaran tanpa iPad selama dua tahun,” ujarnya sebak.
“Keadaan itu menyebabkan saya belajar dalam keadaan sedih sebab dikelilingi orang kaya. Apa yang mereka nak gunakan dalam pelajaran sentiasa dapat.
“Walaupun saya mempunyai biasiswa, tetapi buku dipegang oleh kaunselor… tetap rasa tak seronok sebab bila duit kurang kena jumpa kaunselor untuk minta dan pelajar lain memang dah tahu hanya pelajar miskin yang akan berjumpa kaunselor,” jelasnya.
Rakan-rakan matrikulasi.
Malah dia pernah terdetik untuk berhenti daripada sekolah elit berkenaan.
Terganggu dengan situasi seumpama itu menyebabkan dia tidak mampu untuk mendapatkan keputusan cemerlang seperti yang ditetapkan pihak sekolah.
“Saya bersyukur sebab kawan-kawan rapat tidak menyampah dan berkira dengan saya pada masa itu.
Namun disebabkan sokongan dan dorongan ibunya, dia cekalkan semangat untuk terus bersaing.
“Memang saya rasa insecure dengan diri, selalu bersedih dan menangis… saya telefon mak dan mengadu yang kawan-kawan saya kaya-kaya serta pandai. Alhamdulillah walaupun saya rasa nak berhenti dari MRSM, mak saya sentiasa bagi semangat sehingga saya habis,” ceritanya lagi.
Sarihan gembira kerana mampu membeli keperluan belajar.
“Tamat sahaja persekolahan, saya berdoa supaya apa yang saya nak buat dipermudahkan. Masa tu fikir bagaimana nak ubah kehidupan yang berstatus asnaf dan tak sangka yang saya akan terfikir untuk buat bisnes selepas peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Alhamdulillah Allah bukakan mata saya untuk melihat pelajar-pelajar universiti buat bisnes.
Seperti anak remaja yang lain, Sarihan juga mengimpikan hidup senang dan mahu mengubah nasib keluarga.
“Memasuki usia 18 tahun, saya mula berdaftar sebagai ejen satu produk dan tiga bulan selepas itu saya berjaya menjana pendapatan empat angka. Pada masa itu saya dalam proses pendaftaran di matrikulasi.
- Sungguhpun dalam waktu singkat itu, saya sempat lagi buat bisnes sedangkan rakan lain menyatakan mereka hampir kurang waras kerana jadual belajar sangat padat.
SARIHAN
Menzahirkan rasa syukur dengan rezeki di usia muda, dia turut gembira apabila pensyarah tidak menghalang bisnes sebaliknya turut memberi sokongan padu.
“Rasa seronok kerana orang lain beratur untuk mengeluarkan elaun belajar, saya pula dapat bonus bisnes. Pendapatan yang diperoleh membuatkan saya mampu memberi duit belanja RM1,000 kepada mak manakala RM1,000 untuk saya berbelanja,” ujarnya yang pernah peroleh pendapatan sehingga RM9,000 ketika usia 19 tahun.
“Waktu di matrikulasi saya belajar aliran sains dan merupakan pelajar fast track. Sungguhpun dalam waktu singkat itu, saya sempat lagi buat bisnes sedangkan rakan lain menyatakan mereka hampir kurang waras kerana jadual belajar sangat padat.
Bersama rakan yang turut melakukan bisnes bersamanya.
“Bila buat bisnes saya berjaya ‘lompat’ sehingga hampir mencapai status T20,” luahnya yang turut menyeru insan senasib dengannya untuk tidak berdiam diri sebaliknya menggunakan peluang yang ada untuk mengubah taraf hidup.
“Semangat itu saya dapat kerana dah berjanji dengan diri untuk ubah nasib diri dan keluarga… saya tak mahu keluarga berstatus asnaf. Jadi sibuk atau tidak saya tetap jalankan bisnes, walaupun tengah peperiksaan, saya berjaya capai bonus sehingga RM9,000 bersih.
Dalam pada kesibukan bisnes itu juga, dia berjaya mendapatkan keputusan peperiksaan yang baik.
Tambahnya yang kini melanjutkan pelajaran dalam jurusan keusahawanan di Universiti Malaysia Kelantan, keputusan yang diperoleh tetap cemerlang iaitu 3.74 walaupun jadual hariannya padat.
Terdahulu, video perkongsiannya yang berdurasi 13 saat menjadi tular di aplikasi TikTok dan ditonton lebih 134,000 pelayar.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: Mstar
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI3 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.