MOTIVASI
Pemuda ters3ntak bawa gelandangan tak pernah makan McD, asyik ulang ungkapan sama untuk setiap jenis makanan yang dimakan

Pemuda ters3ntak bawa gelandangan tak pernah makan McD, asyik ulang ungkapan sama untuk setiap jenis makanan yang dimakan
Tidak terkecuali Mustaqim Hud, 23, yang bersimpati dengan nasib seorang lelaki berusia lebih separuh abad yang melakukan kerja-kerja mengutip tin dan besi buruk untuk dijual dan hasilkan dijadikan sumber pendapatan utama.
Setiap daripada kita semestinya ada niat dan cara tersendiri untuk berbakti kepada masyarakat terutama sekali golongan susah.
“Pakcik ni akan lalu lalang dekat kedai makan tempat saya kerja di Rantau Panjang, Klang, Selangor. Setiap malam dia akan ambil makanan di kedai saya sebab memang ada orang sponsor dan bayarkan makanan untuk dia.
Mesra disapa Mus, dia memulakan usaha murni ini dengan membelanja seorang lelaki yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Uncle Rosli makan di sebuah restoran makanan segera.
View this post on Instagram
Graduan bidang Kejuruteraan Mekanikal itu mengakui dia tersentuh dan sedih melihat reaksi pakcik yang dikenalinya sejak lebih kurang dua bulan lalu ini sebaik sahaja dia menyuapkan hidangan ke mulut.
“Boleh dikatakan saya orang paling rapat dengan dia sebab setiap hari dia datang kedai. Ada satu hari tu saya kesian tengok dia kutip tin tengah panas terik, jadi malam tu saya bawa dia belanja makan dekat McDonald’s. Saya ambil peluang ni untuk berborak dengannya, nak tahu kisah hidup dia sebab saya jenis cepat kesian dekat orang,” ujar Mus.
Jelas bekas penuntut Politeknik Shah Alam ini, Uncle Rosli memberitahu bahawa ini merupakan kali pertama dia merasai nikmat makan di restoran itu sepanjang hidupnya, membuatkan Mus berasa lebih simpati dengan nasib warga emas ini.
Uncle Rosli mengakui ini merupakan kali pertama dia makan di McDonald’s.
“Saya belikan bubur, kek, ice blended chocolate dan banyak lagi makanan dekat dia. Dia cakap ‘sedap, patutlah mahal‘. Setiap makanan dia makan tu semua dia akan cakap macam tu. Saya dapat rasakan memang jujur sangat reaksinya masa makan tu, tak ada berlakon langsung,” ujarnya lagi.
“Pakcik tu cakap dekat saya ni first time dia makan dekat sini. Selama ni dia takut nak masuk sebab anggap kedai ni orang kaya je boleh makan. Maksudnya orang ada duit saja boleh masuk sebab harga makanan sini dianggap mahal.
Mus yang bekerja sebagai Penyelaras Bahan Masakan di sebuah restoran di Jalan Wan Hassan, Klang ini berkata Uncle Rosli juga menceritakan tentang kehidupannya yang tidak sama seperti orang lain.
Hidup dia memang agak d4if. Nak pergi mana-mana pun guna basikal yang dia terjumpa dulu.
MUS
Menurut Mus lagi, Uncle Rosli juga pernah berkahwin namun tidak memiliki cahaya mata sepanjang perkahwinan dan jelasnya lagi dia sudah lama berc3rai dan mula hidup sebatang kara sehingga kini.
“Dekat McDonald’s kan tempat orang makan beramai-ramai. Jadi bila dia tengok sekeliling, pakcik ni ada lu4h cakap hidup dia tak sama dengan orang lain. Dalam tu kan orang bawa keluarga atau kawan-kawan jadi pakcik ni sed1h sebab dia tak ada semua (kawan dan keluarga) tu. Nak makan pun kena cari duit sendiri,” katanya menceritakan semula luahan hati Uncle Rosli.
Kata Mus, dahulunya Uncle Rosli tinggal di bawah jambatan Klang, Selangor tetapi telah berpindah dan tinggal di sebuah pondok di dalam kebun berdekatan kedai makan tempatnya bekerja.
“Mungkin pakcik ni berpisah masa kewangan tak kukuh jadi start dari situ dia jadi gelandangan. Sekarang dia tinggal dan tidur dalam pondok di kebun dekat je dengan tempat saya kerja. Tuan tanah tu suruh dia sambil-sambil jaga kebun.
Mus bekerja di kedai makan di Klang Selangor.
Menurut Mus, apa yang dilakukan ini mendapat perhatian di Instagram selepas ramai netizen yang memberikan komen positif dan berterima kasih dengan inisiatifnya.
“Hidup dia memang agak d4if. Nak pergi mana-mana pun guna basikal yang dia terjumpa dulu. Pendapatan pun tak tetap sebab dia cuma kutip apa saja yang boleh dijual. Biasanya dia jual besi dengan harga sekilo dapat RM6. Nak dapatkan sekilo pun makan masa berhari juga,” ujarnya lagi.
Mus juga menzahirkan rasa syukur dengan kehidupannya walaupun tidak mewah dan berharap lebih ramai lagi boleh berbuat sedemikian dalam usaha membantu golongan lebih memerlukan.
“Saya record masa tu sebagai kenangan saya nak simpan di media sosial saja tapi tak sangka ramai yang bagi respons positif dan puji apa saya dah buat ni.
Uncle Rosli mengutip besi buruk untuk dijual sebagai sumber pendapatan.
“Sebenarnya, bila kita tengok depan mata kesusahan orang lain, baru kita sedar betapa beruntungnya hidup kita. Kalau kita rasa hidup kita susah, ramai lagi dekat luar sana yang mahu kehidupan macam kita.
“Bila saya tengok nasib pakcik ni, saya terus rasa tersentak. Tak kira apa ujian atau banyak mana rezeki kita dapat, kita kena reda. Ada orang lain tak pernah rasa pun nikmat macam kita dapat ni,” tambah Mus.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: Mstar / Sinar Viral Network
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI3 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH3 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI3 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI3 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA3 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI3 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.