SEMASA
Bukan CaIang-CaIang Orangnya,Aktivis Yang Prihatin IniIah MemuIakan Kempen ‘Bendera Putih’
Sejak beberapa hari lalu wajah figura ini sinonim dengan bendera putih dengan #benderaputih memenuhi ruang media sosial.
Lebih manis kejayaan mesej ini capai matlamat apabila beberapa buah keluarga telah menerima bantuan.
Menerusi carian, mendapati kempen ini dimulakan oleh pengguna facebook bernama ‘Jah’ atau Nik Faizah Nik Othman, Timbalan Ketua Angkatan Wanita Amanah Negeri Kelantan yang juga seorang aktivis masyarakat dalam misi bantuan kemanusiaan.
Rupanya individu ini bukan calang-calang orangnya mencetuskan idea yang membuatkan seluruh masyarakat mula menghulurkan bantuan.
Idea yang dilontarkan secara bersahaja ini telah mendapat lebih 20K share sehingga ia menjadi tular dan kempen ini menjadi!
Mesej simple itu dari ikhlas hati saya
Nik Faizah Nik Othman mende dahkan bahawa idea itu adalah secara spontan setelah melihat masalah kewangan menjadi punya ramai yang menderita termasuk bertindak diluar batasan dengan mem bu nuh diri dan masalah keluarga yang meruncing.
Katanya hatinya lulur melihat situasi ini sehingga merasakan kempen bendera putih dapat membantu mereka yang mengalami kesu karan hidup.
“Saya tulis dari ikhlas dari hati saya. Bila lihat banyak kesusahan sekitar kita. Asalnya saya nak sampaikan mesej untuk masyarakat sekitar. Tapi tak sangka jadi viral, ayat yang simple.
“Sebagai wanita dan aktivis masyarakat, hati tersentuh banyak kes bu nuh diri, suami kurung anak. Ia seolah wake up call, kena buat drastik untuk bantu segera.
Pilihan warna bendera putih adalah atas faktor mudah didapati di rumah seperti boleh menggunakan lampin anak dan baju sekolah sebagai bendera. Ia sebagai tanda ‘signal’
Beliau melahirkan rasa syukur kempen ini menyaksikan ramai yang datang menghulurkan bantuan.
“Saya bersyukur dengan posting yang ringkas dapat membantu. Ini usaha kecil saya tapi kita patut memberi pujian kepada yang lain sudi membantu.”
Harap semua pihak bersatu tanpa peduli siapa yang mulakan dulu.
Dalam pada itu menerusi perkongsian facebook miliknya, beliau berharap kempen ini berjaya tanpa mempedulikan siapa yang mulakan dulu. Baginya apa yang penting membantu lebih ramai mereka yang memerlukan bantuan.
Sikap rendah dirinya terserlah apabila tidak berbangga menjadi orang pertama memulakan kempen itu sebaliknya berharap mesej yang disampaikan itu capai matlamat.
Tak kisah lah siapa orang pertama yang memulakan kempen bendera putih itu. Apa warna yg anda suka itu bukan isunya. Siapa pun nak kempen amatlah di alu-alukan. Isunya sekarang adakah ia mencapai matlamat kita semua untuk membantu? Jika berhasil teruskan.
Jika ada yang rasa tidak sesuai guna kain putih, pakailah nak pakai kain hijau ke, merah ke asal mencapai matlamat untuk tarik perhatian penderma. Kepada anda yang dalam kesusahan, ambil kesempatan ini untuk meminta bantuan, sementara kempen masih berjalan.
Jangan sia-siakan usaha mereka yang uar-uarkan kempen ini. Kami semua nak bantu anda. Abaikan kata-kata negatif. Cuba kumpul kekuatan untuk membela nasib keluarga dengan hanya mengangkat bendera.
Telah bantu selamatkan keluarga dan ny’awa!
Siapa sangka, usaha murni beliau ini rupanya telah mendapat sokongan padu seluruh masyarakat.
Apa yang pasti, bersama kita hulurkan bantuan, ringankan beban buat keluarga yang memerlukan. Teruskan membantu kepada yang terkesan tanpa mengharap balasan!
Sumber: Nik Faizah Nik Othman via keluarga
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI2 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.