PANDUAN
Hukum Suami Panggil Isteri ‘Ibu’, ‘Ummi’ Atau ‘Mama’ -PU Azman
Hukum Suami Panggil Isteri ‘Ibu’, ‘Ummi’ Atau ‘Mama’ -PU Azman
Alasan yang diberikan ialah untuk mengajar anak-anak akan terbiasa dengan panggilan tersebut dan tidak terkeliru dengan panggilan yang biasa diberikan oleh seorang suami kepada isterinya.
Biasa sahaja kita mendengar seorang suami memanggil isterinya dengan panggilan mama, ibu, bonda dan sebagainya.

Persoalannya bolehkan seorang suami memanggil isterinya dengan panggilan tersebut? Berikut perkongsian PU Azman
Suami panggil isteri dengan panggilan yang biasa dipanggil dengan mahram seperti ummi, ibu. Adakah ianya jatuh hukum zihar?
Apakah maksud zihar?
Zihar ialah menyamakan punggung atau mana-mana bahagian tubuh isteri dengan punggung atau mana-mana bahagian tubuh wanita yang haram dikahwini oleh suami selama-lamanya seperti ibu kandung suami.
Contoh suami cakap kat isteri, “punggung awak sama macam punggung mak saya”.
Maka penyamaan ini dari sudut suami anggap haram isteri itu disetubuhi sebagaimana haram dia bersetubuh dengan ibu kandungnya.

Zihar pada zaman jahiliyyah dianggap sebagai bentuk talak.
Hukumnya haram dan berdosa besar.
Tapi, hari ni kalau ada suami panggil isterinya mama, ibu, ummi atau yang sewaktu dengannya, adakah panggilan ini sama dengan hukum zihar?.
Maka kena bandingkan hakikat zihar yang ada dalam syariat dengan budaya panggilan ni.
Sebahagian ulama mengatakan makhruh kerana bimbang sama macam zihar.
Tapi sebahagian ulama lain mengatakan harus dan takder masalah sebab panggilan suami tu tak bermaksud menziharkan isteri kerana niat para suami ialah.
Panggilan kasih sayang.
Panggilan untuk mendidik anak-anak supaya panggil macam tu kat mak diorang.
Panggilan yang bermaksudkan isteri itu adalah ibu kepada anak-anak suami, bukan ibu kepada suami.
Kesimpulannya, suami boleh panggil isteri dengan panggilan di atas dengan syarat dan niat di atas dan tak jatuh hukum zihar.
Isteri juga boleh panggil suami dengan panggilan ayah atau abi.
Cik Man tak bahaskan tentang isteri panggil suami, sebab isteri tak pegang kuasa talak.
Yang abi tu jangan tambah ‘b’ pulak.
View this post on Instagram
Sumber: PU Azman
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah
-
PANDUAN4 years agoMesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI4 years agoAyah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH4 years agoNiat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI4 years agoAlhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI4 years agoMampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI4 years agoPelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA4 years agoNasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI4 years ago“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.

