Connect with us

SEMASA

(VIDEO) Tular Rakaman Hanya Sebuah Kereta Dibasahi ‘Hujan’ Tapi Puluhan Kereta Lain Kering

Published

on

(VIDEO) Tular Rakaman Hanya Sebuah Kereta Dibasahi ‘Hujan’ Tapi Puluhan Kereta Lain Kering

Dalam perkongsian video pendek yang dimuat naik itu, kelihatan berpuluh-puluh kereta yang parkir di kawasan letak kereta tersebut. Kawasan tempat letak kereta itu juga kelihatan mendung.

Pemilik video tersebut juga terkejut apabila dia sempat merakam fenomena unik yang jarang berlaku itu di mana hanya sebuah kereta hitam sahaja yang terkena hujan.

“Kenapa hujan dekat kereta ni je, kereta lain tak basah pun. Masya-Allah. Tengok tu. Macam mana boleh terjadi?” kata pemilik video itu dalam keadaan terkejut.

Viral di media sosial di mana hujan berlaku di kawasan tempat letak kereta tetapi hanya sebuah kereta yang terkena air hujan tersebut, memetik laporan daripada BeritaHits.Id.

“Hujan hanya turun pada sebuah kereta sahaja,” kapyen pemilik video tersebut

Menurut sumber daripada laporan BeritaHits.Id ramai warganet yang memberikan komen terhadap perkongsian video tersebut.

“Mungkin kereta itu jarang mandi,” komen warganet.

“Hujan tu pilih kasih” komen warganet.

“Kereta lain belum dicuci, jadi tidak sebab tu tak kena hujan,” komen warganet.

Video: https://www.tiktok.com/@uryanriana/video/7025435647024303387

Sumber: BeritaHits.Id

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.