MOTIVASI
Bantu ibu niaga pulut panggang dan nasi lemak sejak usia 10 tahun, remaja ini cari rezeki demi ringankan beban keluarga
Bantu ibu niaga pulut panggang dan nasi lemak sejak usia 10 tahun, remaja ini cari rezeki demi ringankan beban keluarga
Kisah adik Ilham baru-baru ini mula tular semula apabila YouTuber popular yang sering membantu peniaga kecil, FS Channel telah menemui semula adik Ilham yang kini berusia 16 tahun.
Sebelum ini kira-kira 6 tahun yang lalu pernah tular kisah seorang kanak-kanak berusia 10 tahun bernama Ilham yang mengambil keputusan membantu ibunya berniaga kerana tidak sanggup melihat ibunya bersendirian mencari rezeki untuk menyara keluarga.
“Hampir 6 tahun berniaga membantu ibunya sebab dia kasihan lihat ibunya bersusah payah berniaga untuk bayar rumah sewa dan bil,” jelas FS Channel mengenai adik Ilham.
Remaja berkenaan masih berniaga pulut panggang dan nasi lemak di tempat yang sama di stesen Rapid KL Light Rail Transit (LRT) Setiawangsa.
“Pulut panggang hanya RM1, rasa dia padat dan sangat sedap. Ibu masak inti pulut panggang sampai 4 hingga 6 jam,” kata adik Ilham
Adik Ilham berkata dalam video berkenaan, ibunya memasak pulut panggang dengan teliti dan terbaik demi menjaga kualiti rasa dan tekstur kuih berkenaan selain meletak harga yang murah.
“Adik Ilham ucap terima kasih kepada cikgu-cikgu di sekolahnya yang kerap bantu meringankan beban keluarganya apabila membeli kuih dan nasi lemak dengan jumlah yang banyak,” jelas FS Channel.
Adik Ilham turut menzahirkan rasa syukur kerana sepanjang hampir 6 tahun dia berniaga, masyarakat sekeliling sentiasa menyokongnya mencari rezeki di stesen LRT itu.
FS Channel telah membeli semua jualan adik Ilham pada hari itu dan turut memberi sumbangan sebanyak RM700 kepada keluarga adik Ilham bagi pihak pelanggan dan penonton saluran itu.
Sesiapa yang selalu menggunakan perkhidmatan LRT Setiawangsa boleh datang menyokong perniagaan adik Ilham dengan membeli makanan jualannya sama ada pulut panggang atau nasi lemak yang bermula pada waktu petang.
“Saya tak pernah pegang duit banyak ni bang,” kata adik Ilham tidak dapat menahan sebak dan terus mengesat air matanya.
Waktu perniagaannya bermula 4.30 petang sehingga habis jualan, manakala Sabtu dan Ahad tidak berniaga.
Menurutnya, dia terpaksa berhenti sekolah semasa Tingkatan Lima dan tidak mengambil SPM kerana terpaksa membantu ibu dan menjaga tiga adiknya.
Sementara itu menurut BuzzKini, mereka telah menemui abang sulung adik Ilham, Firdaus Muhd Fazil yang kini berusia 20 tahun.
Katanya, ibunya akan memasak di rumah dan Firdaus akan membantunya, yang termasuk menguruskan adik-beradik yang lain.
Tambah Firdaus, ibunya Rita Hasri bukan warganegara Malaysia tetapi berasal dari Medan, Indonesia. Mereka sekeluarga tinggal di sebuah rumah sewa 1 bilik di Keramat dengan sewa RM400 sebulan. Hasil pendapatan bulanan daripada perniagaan itu hanya sekitar RM1,500 untuk menampung keperluan keluarga 5 beranak ini.
Firdaus menjelaskan adik-adiknya tetap akan ke sekolah dan hanya membantu ibu mereka berniaga selepas tamat waktu persekolahan.
Sumber: erabaru.com.
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI2 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.