Connect with us

PANDUAN

Resepi Popia Daging Caramel Ini Memang Lain Daripada Yang Lain, Inti Pedas-Pedas Manis!

Published

on

Resepi Popia Daging

Resepi Popia Daging Caramel Ini Memang Lain Daripada Yang Lain, Inti Pedas-Pedas Manis!

Kalau anda inginkan kelainan untuk dihidangkan kepada tetamu, ada satu resepi popia daging caramel yang boleh dicuba buat sendiri di rumah.

Resipi popia ini lain daripada lain kerana menggunakan satu bahan rahsia yang ramai tak tahu. Kalau nak tahu apa, kena baca sampai habis!

RESEPI POPIA DAGING CARAMEL, LAIN DARIPADA LAIN!

Resepi Popia Daging

Bahan-bahan:

  1. 500g daging (dipotong kecil)
  2. Bawang holland 1 biji potong dadu
  3. Cili bengala (potong dadu kecil)
  4. Kentang 3 biji (potong dadu kecil)
  5. Daun sup (potong kecil)
  6. Bawang putih 3 ulas (cincang)
  7. Kicap caramel pekat 3 sudu
  8. Sos tiram 2 sudu
  9. Kiub ayam half
  10. Black pepper
  11. Sedikit garam
  12. Cheese mozarella
  13. Kulit popia

Resepi Popia Daging

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak. Tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.

2. Masukkan daging yang dicincang halus dan biarkan sehingga masak.

3. Masukkan kentang, kicap caramel, sos tiram, kiub ayam, black pepper dan garam.

4. Gaul sehingga sebati. Akhir sekali masukkan cili bengala dan daun sup.

5. Sejukkan inti sebelum balut kulit popia. Letak chesse mozarella dekat atas dan boleh mula membalut.

Resepi Popia Daging

*Jangan lupa gam di bahagian hujung kulit popia menggunakan tepung yang dibancuh dengan air. Takut masa goreng nanit terbuka dan meletup pula.

Sedia untuk dihidangkan. Confirm anak-anak suka!

Baca lagi : Resepi Jeruk Mangga Telur Masam Manis Paling Rangup , Kecur Air Liur !

Sumber: Facebook Neateyla

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.