PANDUAN
Resepi Sup Ayam Paling Sedap Dan Senang Masak. 15 minit Dah Siap!
Resepi Sup Ayam Paling Sedap Dan Senang Masak. 15 minit Dah Siap!
Sup ayam juga terkenal sebagai hidangan yang boleh membantu orang yang kurang sihat seperti demam atau selsema supaya cepat pulih kerana dipercayai mengandungi “immunity booster” yang semulajadi hasil dari rebusan tulang ayam atau “chicken bone broth” yang direneh perlahan di dalam sup.
Peminat masakan berkuah atau sup, boleh cuba Resepi Sup Ayam paling senang ini. 15 minit dah boleh siap masak sup ayam seperiuk untuk hidangan seisi keluarga. Resipi Sup Ayam ini bukan sahaja mudah, malah sangat sedap ditambah pula dengan bau aroma rempah ratus nya yang wangi dan segar.
Resipi Sup Ayam Paling Mudah
Jadi, bagi anda yang ingin mencari kelainan memasak sup ayam, boleh lah cuba resipi di bawah.
Bahan-bahan:
- Bawang putih 5 ulas
- Ayam
- Bawang besar 1 biji
- Halia sebesar ibu jari
- 2 kiub pati ayam
- Sup bunjut
- Cili padi 2 biji (titikkan)
- Lada hitam secubit (tumbukkan)
- Garam secukup rasa
- Daun sup & daun bawang
- 6 biji bawang merah kecil (hiris nipis)
Cara-cara Membuatnya:
1. Masukkan ayam dan air dalam periuk. Hidupkan api.
2. Masukkan bawang putih, halia dan bawang besar dalam periuk bersama ayam tadi, Biarkan masak bersama.
3. Masukkan sup bunjut.
4. Biarkan semua bahan mereneh.
5. Bila ayam dah masak, masukkan 2 kiub pati ayam.
6. Nak lagi pedas, masukkan cili padi.
7. Masukkan lada hitam yang sudah ditumbuk. Kemudian masukkan garam secukup rasa, daun sup dan daun bawang.
8. Dalam kuali lain, gorengkan bawang merah kecil yang sudah dihiris nipis.
9. Bila bawang dah kekuningan, terus masukkan ke dalam sup tadi sekali dengan minyak.
10. Siap. Sup ayam sedia untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber : Ameera / Inspirasi Resepi
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI2 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.