SEMASA
Rokok Elektronik Dan Vape DiFatwakan Haram

Majlis Fatwa Kebangsaan semalam telah memutuskan penggunaan rokok elektronik dan vape difatwakan sebagai haram.
Pengerusinya, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, perkara itu diputuskan sebulat suara oleh ahli-ahli muzakarah setelah meneliti hasil kajian dari sudut syariah, perubatan dan saintifik serta unsur pembaziran dan budaya yang tidak sihat.
Beliau berkata, setelah meneliti hasil kajian daripada sudut syariah, penggunaan rokok elektronik dan vape adalah memudaratkan manusia sama ada cepat atau lambat.
Menurutnya, orang Islam dilarang mengambil bahan memudaratkan secara jelas atau tidak, secara segera atau perlahan-lahan boleh membawa kematian, kerosakan anggota, boleh membawa penyakit bahaya atau sebarang kemudaratan pada akal.
“Rokok elektronik dan vape termasuk dalam perkara jijik seperti memudaratkan dan bau yang busuk.
“Jika dilihat dari sudut Qiyas atau perumpamaan, penggunaan rokok elektronik dan vape bolehlah diibaratkan seperti perbuatan minuman bahan beracun atau menghisap rokok sebenar,”
katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Muzakarah Khas Fatwa Kebangsaan di sini semalam.
Abdul Shukor berkata, rokok elektronik dan vape diharamkan berdasarkan Qaedah Saad al-Zaraia iaitu menutup keburukan yang lebih besar dan lebih bahaya yang mungkin berlaku pada masa hadapan.
Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Ke-37 di Kuala Lumpur pada 23 Mac 1995 turut telah memutuskan bahawa merokok adalah haram kerana terdapat kemudaratan.
Sumber : portalislamik
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di mimbar raudhah
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI3 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH3 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI3 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI3 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA3 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI3 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.