Connect with us

PANDUAN

Roti John Buat Sendiri, Rasa Sama Sedap. Tak Perlu Dah Beratur Di Bazar Ramadan

Published

on

Roti John Buat Sendiri, Rasa Sama Sedap. Tak Perlu Dah Beratur Di Bazar Ramadan

Jadi alternatif untuk yang tak mahu beli di bazar, kita buat sendiri. Ya memang boleh buat sendiri! Caranya dikongsi oleh Chinta Eyja.

Roti John ini memang antara menu yang dicari bila bulan puasa dan ia banyak di jual di Bazar Ramadan. Tapi ramai juga yang takut untuk keluar bersesak di sini pada waktu pandemik ini.

Menariknya, tak susah-susah cari roti yang macam digunakan oleh peniaga sebaliknya guna roti frankfurter saja.

Roti John homemade

Bahan-bahan yang digunakan:

  • Bawang putih- potong dadu
  • Bawang merah -potong dadu
  • Daging atau ayam cincang atau daging burger
  • Rempah kari (Campur air)
  • Garam
  • Sosej -potong
  • Lada Sulah
  • Daun sup/bawang -dihiris
  • Telur
  • Roti frankfurter
  • Mentega

Cara membuat:

1. Untuk buat inti roti john, tumis bawang merah dan bawang putih kemudian masukkan, rempah kari, daging cindang, dan sosej serta garam dan lada sulah. Kuantiti bahan boleh agak-agak saja. Dah masak, ketepikan.

2. Pecahkan telur dalam bekas, masukkan sekali dengan daun sup atau daun bawang. Kacau.

3. Masukkan bahan inti yang dimasak tadi dalam bancuhan telur. Kacau.

4. Panaskan kuali leper/pan. Belah dua roti, jangan sampai putus dan sapukan mentega. Terus tekap atas kuali. Ketepikan sekejap.

5. Cairkan sedikit mentega dalam kuali yang sama kemudian tuangkan bancuhan telur bersama inti tadi.

6. Tekap roti di atasnya.

7. Terbalikkan.

8. Ini yang dah siap tekap dengan inti tadi.

9. Letak mayonis, sos cili. Nak letak timun, salad pun boleh.

10. Lipat roti dan potong.

Siap!

Selamat mencuba. Semoga bermanfaat, Share kepada yang lain juga yaa tq…

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: Chinta Eyja, Vanilla Kismis

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.