Connect with us

MOTIVASI

Runner Baca Quran Sambil Tunggu Order, Abang Ni Nak Belanja Buka Puasa Sebulan

Published

on

Runner Baca Quran Sambil Tunggu Order, Abang Ni Nak Belanja Buka Puasa Sebulan

Menerusi perkongsian dari Facebook milik Ismail Sabran Ancok, terdapat seorang penghantar makanan (runner) yang sedang duduk berseorangan di tepi laut, tidak jauh dari lokasinya.

Di bulan yang mulia ini, semua umat Islam pasti berlumba-lumba untuk merebut ganjaran pahala dengan melakukan banyak amal ibadat serta kebaikan tidak mengira tempat dan masa.

Bagaimanapun sangkaannya berubah apabila menyedari bahawa pemuda runner itu sebenarnya sedang memegang kitab suci Al-Quran sambil membacanya.

Pada pandangan Ismail, pada awalnya dia menyangka bahawa runner tersebut mungkin sedang leka bermain game di telefon sambil menunggu pesanan (order) masuk ke aplikasi.

“Lalu tadi di lebuh raya, ingat dia tengah main game, rupanya dia tengah duduk sambil membaca Al-Quran.

“Mungkin tengah duduk sambil tunggu order, saudara ni mengisi masa lapangnya dengan menambah pahala di bulan Ramadan. Syabas anak muda,” tulisnya di Facebook.

Lantaran itu Ismail berbesar hati untuk menaja makanan berbuka puasa secara percuma kepada pemuda berhati mulia itu.

Situasi pemuda tersebut yang rajin membawa mushaf Al-Quran ketika bekerja dan membacanya pada waktu terluang ketika berpuasa sebegitu sangat menyentuh hatinya.

“Siapa yang kenal ‘brother‘ ni, bagitahu dia, saya nak belanja dia berbuka puasa secara percuma di gerai abg ancok selama sebulan berpuasa kalau dia ada masa lapang untuk berbuka digerai,” tambahnya.

Perkongsian Ismail itu tular di media sosial, selain turut dikongsi lebih 1,000 perkongsian setakat ini. Malah rata-rata warganet juga berasa sangat tersentuh hati melihat pemuda itu.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: Ismail Sabran Ancok / Siakapkeli

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.