Connect with us

SEMASA

R3maja M3nghadiahkan 8A K3pada 4rwah M4k 4yahnya, B3rgegas Ke Pusar4 S4mbil B4ca Y4sin

Published

on

Keputusan peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2019 telah pun diumumkan semalam dan pastinya ramai pelajar berasa lega dengan kejayaan yang diperoleh. Tidak terkecuali dengan seorang pelajar Mohamad Faris Faisal Che Azmi dimana turut menerima keputusan cemerlang dalam peperiksaan tersebut.

Namun begitu, kegembiraan terbabit tidak dapat diraikan bersama kedua ibu bapanya kerana mereka telah menlnggalkan Faris terlebih dahulu selepas terlibat dalam kem4langan pada bulan Ogos yang lalu.

Selepas keputusan diterima, dia bergegas ke Tanah Perkvburan Islam Kampung Lembaga, Gua Musang untuk menghadiahkan bacaan Yasin buat ibu bapanya sambil ditemani oleh ibu saudara.

Baginya, didikan yang diberikan oleh kedua ibu bapanya cukup sempurna sehingga dia berjaya mendapat keputusan yang tidak disangka-sangka iaitu sebanyak 8A 1B dalam PT3.

Menurut Faris, walaupun dia berasa terkil4n, dirinya tetap meluahkan rasa bersyukur kerana dapat menghadiahkan keputusan berkenaan kepada mereka.

Faris juga memaklumkan bahawa dirinya tidak hadir ke sekolah selama dua bulan kerana patah kaki akibat kem4langan terbabit. Walaupun begitu, dia masih bersemangat untuk menduduki PT3 di Sekolah Menengah Sains Gua Musang.

Tambah remaja itu, dia terhutang budi dengan guru sekolah yang sanggup mengambil dan menghantarnya pulang ketika menjalani peperiksaan tersebut.

Terdahulu, ibu bapanya iaitu Che Azmi Che Hamzah, 48, dan Nor Hayati Mohamed, 43 terlibat dalam kem4langn jalan raya pada 16 Ogos lalu.

Sumber : Harian Metro , Sinar Harian

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di mimbar raudhah

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.