SEMASA
S4nggup B3rhenti D4ri K3rja D3mi M3nJaga Ibunya Yang Tercinta. Tindakan yang dil4kukan Lelaki ini Dipuji R4mai
Rasanya ramai diantara kita yang sanggup untuk melakukan apa sahaja demi ibu tercinta. Semakin dewasa, semakin kita sedar bahawa masa dengan ibu semakin lama semakin berkurang. Boleh jadi ibu bakal meninggalkan kita untuk selamanya pada bila-bila masa sahaja.
Begitulah apa yang sanggup dilakukan oleh seorang pemuda ini yang bernama Safee Rahim, 30. Dia merupakan anak bongsu daripada lima beradik. Dia sanggup untuk berhenti kerja semata-mata ingin menjaga ibu tercinta.
Menurutnya, ibu, Nur Asiah tamdun, 72, lebih rapat dengan dirinya berbanding adik beradik yang lain. Jadi sebab itulah dia mengambil keputusan sedemikian dan nekad untuk menjaga ibunya.
DIHALAU KELUAR DARI WAD
Berdasarkan perkongsiannya menerusi akaun Tiktok @iras..yash, dia curi-curi masuk untuk menjaga ibunya di wad sebelum dihalau keluar oleh jururawat bertugas pada pukul 5 pagi.
Berdasarkan perkongsiannya dengan mStar, ibunya baru sahaja dipotong jari kaki akibat penyakit kencing manis. Proses pembedahan tersebut dilakukan pada hari Khamis lalu.
VIDEO :
IBU TURUT MEMPUNYAI MASALAH KESIHATAN LAIN
Ibunya juga mempunyai penyakit lain iaitu masalah buah pinggang dimana ibunya perlu menjalani rawatan dialisis secara berkala. Adik beradiknya tinggal jauh dan berasingan daripada emak. Disebabkan itulah dia memilih untuk berhenti bekerja di Kuala Lumpur dan pulang ke kampung halamannya di Baling, Kedah.
Dia kini mengusahakan bisnes Char Kuetiau dan turut berkongsi menjalankan bisnes nasi kukus bersama rakannya di Shah Alam. Semuanya diserahkan kepada rakannya itu untuk menguruskan bisnes tersebut.
WARGANET TURUT MENDOAKAN KESEJAHTERAAN
Warganet ternyata sangat-sangat positif dalam perkongsian video oleh Safee Rahim ini. Walaupun berasa sebak dan terharu, mereka juga turut mendoakan kesejahteraan buat kedua-dua pasangan ibu dan anak ini.
“ORANG TUA SAYANG SEMUA…”
Ada juga yang meninggalkan komen bahawa ibubapa kita jika ditanya siapa yang disayang diantara anak-anak, pasti akan dijawab semua. Bagi kes Safee Rahim ini, mungkin ibunya lebih selesa untuk bergantung kepadanya berbanding adik beradiknya yang lain.
“MAK HANYA SATU DI DUNIA..”
Salah seorang pengguna Tiktok turut meninggalkan komen bahawa ibu hanya satu di dunia ini. Jadi kita kena terus kuat untuk berbakti kepadanya. Apa yang terjadi adalah perancangan yang terbaik daripada Allah S.W.T.
Semoga ibu Safee Rahim diberi kesembuhan dan kesihatan yang baik. Tidak lupa juga untuk didoakan Safee Rahim supaya terus kuat demi ibu tersayang.
SUMBER : TIKTOK @iras..yash & MSTAR
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di mimbar raudhah
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI3 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.