SEMASA
Sedih lihat bapa nangis Men4han sakit, Ebit Lew doakan semua dapat ziarah ibu ayah
Sejak beberapa hari lepas, pendakwah selebriti, Ustaz Ebit Lew sering berkongsi keadaan kesihatan bapanya yang kurang sihat.
Ketika ini, beliau sedang menjaga bapanya, Ibrahim Lew di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian (HUSM) yang telah ditahan di wad kira-kira sejak empat hari yang lalu.
Sedih lihat bapa tahan sakit
Dalam perkongsiannya, Ustaz Ebit memberitahu bahawa bapanya tidak pernah mengerang kesakitan dan hanya diam apabila menahan rasa sakit.
Namun apabila melihat air mata bapanya menitis, beliau berasa sangat sedih.
Beliau juga sempat berharap agar orang ramai dapat mendoakan kesembuhan bapanya kerana tidak sanggup melihat orang yang disayang menahan kesakitan.
besar ujian kali ini
Dalam pada itu, Ebit Lew juga ada meluahkan rasa bimbang kepada semua yang senasib dengannya. Mana tidaknya, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berlangsung, ibu dan bapa dikampung sedang sakit pastinya sesuatu yang sangat merisaukan.
“Selalu saya sibuk je. Kena PKP ini betul-betul berat ujiannya. Takutkan. Apalah erti dunia ini tanpa dapat menziarahi orang tua tercinta. Saya doakan Allah bantu semua dapat ziarah mak ayah masing-masing. Allah angkat segala sakit, ujian wabak, dan segala halangan. Berat ujian jarang dapat bersama mak ayah. Berjauhan.” tulisnya
Jadi, dia berdoa agar semua orang mendapat peluang untuk menziarahi ibu bapa mereka di kampung dan berharap Allah S.W.T mengangkat penularan wabak ini agar semua kembali seperti dulu.
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet turut sama mendoakan agar kesihatan bapa Ebit Lew dikembalikan.
Mereka juga berharap supaya urusan ustaz dan semua pihak yang merindui ibu bapa di desa terus dipermudahkan pada masa akan datang. Innsya Allah.
Sumber: Ebit Lew
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI2 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.