Connect with us

MOTIVASI

Berharap tuannya yg telah mningg4l mncarinya, seekor kucing setia men..

Published

on

Seekor Kucing Setia Menunggu Di Parkir Dengan Harapan Tuannya Yang Telah Meningg4l Dunia Kembali Mencarinya

Kucing memiliki personaliti yang unik di mana ia menyayangi tuan mereka tetapi enggan mematuhi arahan tuan. Pakar haiwan menyatakan bahawa salah satu tips untuk membuatkan kucing setia dengan anda adalah anda terlebih dahulu perlu memaparkan kesetiaan dan memenuhi segala keperluan mereka. Dalam erti kata yang lebih mudah, jika anda ‘membelai mereka, maka mereka juga akan membelai anda’.

Menyebut tentang haiwan yang setia, pasti ramai yang akan menjawab anjing adalah haiwan yang paling setia dan cenderung untuk melindungi tuannya, berlainan dengan kucing yang lebih gemar menundukkan tuan mereka. Tetapi sebenarnya, kucing juga merupakan haiwan yang setia walaupun tidak sesetia anjing.

Begitulah yang terjadi kepada seekor kucing terbiar yang sentiasa berada di sebuah kawasan parkir bawah tanah dan ‘bermesra’ dengan orang yang lalu-lalang di kawasan itu. Menurut seorang wanita, dia sering melihat kelibat kucing itu berada di kawasan parkir berkenaan. Katanya, kucing ini sangat manja dan sering menggoyang-goyangkan ekornya setiap kali melihat wanita itu menghampiri.

Sebenarnya, dahulu kawasan parkir ini dijaga oleh seorang pekerja yang bertanggungjawab mengutip bayaran parkir daripada setiap pelanggan. Bersama-sama dengan pekerja itu, kucing ini akan menemani tuannya bekerja setiap hari tanpa rasa jemu. Bagaimanapun, sistem parkir di kawasan itu telah ditukar kepada sistem automatik dan menyebabkan pekerja tua itu terpaksa diberhentikan kerja.

Namun tidak ramai yang tahu mengenai kisah sedih yang pernah dilalui oleh kucing berkenaan. Dari luaran, kucing ini kelihatan gembira dan sering bermain dengan manusia. Tetapi tiada siapa pernah mengetahui siapakah pemilik asal kepada kucing yang comel ini.

Lebih memilukan lagi, pada suatu hari, pekerja itu telah terlibat dalam kem4langan sekali gus menyebabkan mendiang tidak sempat untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kucing kesayangannya. Jadi, si kucing mulai berasa resah kerana sudah lama tidak bertemu dengan tuannya lantas terus membawa dirinya ke kawasan parkir berkenaan dengan harapan dapat bertemu dengan tuannya di situ.

Anak kepada mendiang penjaga parkir itu pernah berusaha untuk membawa pulang kucing itu ke rumah mereka namun kucing ini tetap akan keluar rumah dan datang ke kawasan parkir itu. Akhirnya, pihak syarikat mengambil keputusan untuk membiarkan kucing itu berkhidmat sebagai penjaga parkir yang baharu dengan bayaran gaji berbentuk makanan enak untuknya…

Sememangnya bukan semua kucing akan bertindak sombong dengan manusia. Haiwan juga terbukti memiliki sifat penyayang dan setia yang sangat tinggi kepada tuan masing-masing. Justeru, janganlah kita sewenang-wenangnya mendera mahupun melakukan penganiayaan kepada haiwan-haiwan terbiar ini.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: nepalivibes Via majalahharian

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.