Connect with us

MOTIVASI

Patutlah Pegang Seluar, Seret Kaki..Tetap Bersemangat Ke Sekolah Biarpun Keadaan Daif

Published

on

Patutlah Pegang Seluar, Seret Kaki..Tetap Bersemangat Ke Sekolah Biarpun Keadaan Daif

“Insya-Allah, saya rancang ambil dia sebagai anak angkat dan bantu sedaya mana yang termampu supaya dia dapat meneruskan persekolahan seperti murid lain,” kata Mohd Nasir Mohd Zain.

Sebak, dalam ramai orang susah yang sudah saya jumpa, dia sangat istimewa kerana mempunyai azam begitu tinggi dan datang sekolah biarpun dalam keadaan serba daif.

Guru Pendidikan Islam sekolah rendah di Sungai Petani, Kedah itu tular beberapa tahun selepas berkongsi kisah kekentalan seorang murid miskin sanggup datang ke sekolah dengan memakai pakaian dan kasut milik abangnya yang saiznya tidak padan dengan fizikalnya.

Gambar murid terbabit memakai seluar besar dan kasut longgar milik abangnya untuk ke sekolah

“Air mata saya hampir menitik melihat dia sanggup seret kakinya di lantai supaya kasut dia yang saiznya jauh lebih besar daripada kakinya tidak tertanggal manakala tangannya sentiasa memegang seluar bagi mengelak terlondeh.

Mohd Nasir berkata, bukanlah niatnya mahu menagih pujian dengan memuat naik perkongsian dia membantu membeli kelengkapan sekolah murid tahun tiga itu, namun hantaran di Facebook (FB) miliknya itu bertujuan memberi inspirasi kepada masyarakat terutama anak muridnya.

“Jadi saya tak kisah apa pun orang hendak kata kerana niat saya berkongsi kisah ini supaya ia dijadikan inspirasi kepada orang lain terutama murid lain supaya tidak menjadikan kemiskinan satu halangan untuk datang ke sekolah,” katanya ketika dihubungi.

“Saya fikir kalau terjadi kepada anak saya atau murid lain, pasti malu dan tak mahu pergi sekolah.

Menurutnya, hasil semakan dan maklumat diterimanya mendapati kanak-kanak yang mempunyai empat adik-beradik itu datang daripada keluarga miskin.

“Bayangkan kelak bila dia naik ke tahun empat, lima atau enam, tidak mustahil dia akan rasa malu dan jika tidak pergi sekolah sudah pasti masa depan dia akan gelap.

“Saya fikir sekarang dia belajar di tahun tiga mungkin belum tahu apa itu perasaan malu.

“Jadi, jika ada sokongan moral macam ini saya rasa sekurang-kurangnya boleh menaikkan semangatnya untuk maju dalam pelajarannya,” katanya.

Katanya, dia merasa puas melihat riak wajah murid berkenaan selepas menerima kelengkapan sekolah serba baru yang dibeli di Kepala Batas, Pulau Pinang.

“Menjadi satu kepuasan kepada diri saya bila melihat ekspresi muka kanak-kanak itu yang sangat gembira seolah-olah apa yang diidamkan selama ini tercapai,” katanya.

Mohd Nasir membeli pakaian baru kepada murid terbabit

Mohd Nasir membeli pakaian baru kepada murid terbabit

Mohd Nasir membeli pakaian baru kepada murid terbabit

Terima kasih Cikgu!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: Fb Berani Bangkit media

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.