Connect with us

MOTIVASI

“Sempat Ajar Isteri Mengucap.” Sehidup Sem4ti! Selang Sejam Setengah Suami Pula Pergi Selamanya

Published

on

“Sempat Ajar Isteri Mengucap.” Sehidup Sem4ti! Selang Sejam Setengah Suami Pula Pergi Selamanya

Portal Kompas melaporkan sebelum itu, Drs H M Idrus Makkawaru, 76, seorang kiai Nahdlatul Ulama (NU) Bantaeng sempat mengajar isterinya mengucap.

Seorang kiai di Katangka, Gowa, Sulawesi Selatan meninggal dunia selang sejam setengah selepas isterinya menghembuskan nafas terakhir, malam Ahad lalu.

Pada mulanya, sang isteri, Sitti Saniah, 74, telah meninggal dunia jam pada jam 8 malam, manakala Kiai Idrus menghembuskan nafas terakhir pada 9.30 pada malam yang sama.

Sempat Ajar Isteri Mengucap

Selepas itu, selang kira-kira sejam setengah, dia pula meninggal dunia. Kiai Idrus mempunyai sejarah penyakit jantung dan ketika hayatnya, adalah tokoh agama disegani dengan keperibadian mulia.

Menurut Ketua Kementerian Agama Wilayah Bantaeng, Muhammad Yunus, ketika mengucapkan kalimah syahadah kepada isterinya, Kiai Idrus tidak dapat menahan kesedihan dan menitiskan air mata.

Seorang yang rajin beribadah dan menjadikan membaca Al-Quran sebagai rutin harian.

Kisah Hampir Serupa

Subhanallah gambar pasangan sehidup semati ini telah tular di media sosial oleh pengguna Facebook bernama Bidan WhanyRannu.

Manakala sebuah kisah yang hampir serupa juga berlaku di tanah seberang, di Makasar, Sulawesi, Indonesia di mana sepasang suami isteri yang sudah lanjut usia betul-betul sehidup dan semati apabila mereka berdua pergi mengadap Ilahi pada waktu yang hampir sama iaitu selang beberapa jam saja.

Maimunnah Yunus lebih dahulu meninggal dunia pada Ahad 4 Ogos 2019, pukul 1.30 tengah hari sebelum disusuli suaminya, Batry Selkam pada pukul 1.40 pagi Isnin, 5 Ogos 2019.

Kongsi Bidan, pasangan berkenaan bernama H Batry Selkam dan isterinya Maimunnah Yunus. Kedua mereka meninggal dunia pada waktu yang hampir sama cuma berbeza 12 jam.

Pasangan ini warak. Suami bekas guru manakala isterinya pula merupakan seorang guru mengaji di sebuah sekolah rendah. Apa yang sangat menarik ialah orang yang menziarahnya ialah jenazah kedua-duanya kelihatan seperti sedang tidur, tenang dan tersenyum indah, Masya Allah…

Setiap yang hidup pasti mati, beruntung bagi pasangan yang ditakdirkan untuk sehidup semati. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka dan menempatkan mereka di kalangan orang beriman. Amin.

Sama2 kita sedekahkan alfatihah…

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: Kompas / Gula-Gula Cinta / Mingguanwanita

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.