MOTIVASI
‘Solat Lima Waktu’ Syarat Utama Untuk Diterima Bekerja Di Sabasun Hyperuncit – CEO

‘Solat Lima Waktu’ Syarat Utama Untuk Diterima Bekerja Di Sabasun Hyperuncit – CEO
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabasun Hyperuncit, Che Salmi Ibrahim berkata, kriteria tersebut merupakan asas bagi membentuk jati diri dan kemajuan pekerja itu sendiri.
Tidak meninggalkan solat wajib lima waktu, merupakan syarat utama untuk bekerja di Syarikat Sabasun Hyperuncit Sdn Bhd.
“Antara syarat utama dikemukakan masa temu duga adalah tidak meninggalkan solat lima waktu. Itu syarat utama.
“Staf Sabasun yang kesemuanya berjumlah 500 orang adalah bumiputera.
“Selain itu, kita juga sentiasa adakan program kerja dalam kumpulan untuk menanam kepercayaan dalam satu pasukan, yang mempunyai satu fikiran dan satu hati sekali gus dapat memacukan lagi perniagaan Sabasun,” katanya.
Sementara itu, dalam perkembangan sama, Che Salmi berkata, syarikat itu bakal membuka perniagaan di luar Terengganu.
Menurutnya, dengan adanya penekanan solat dalam kalangan pekerja secara tidak langsung dapat melahirkan pekerja yang jujur dan amanah.
“Buat masa ini kami hanya beroperasi di Terengganu. Insya-ALLAH Mac tahun depan kami akan berkembang di Kuala Lumpur iaitu di Kampung Baru,” katanya.
“Secara amnya, Sabasun masih lagi mengekalkan 100 peratus tenaga kerja yang terdiri dari anak tempatan, menjadikannya satu-satunya Peruncit berskala besar yang tidak menggunakan tenaga pekerja asing dan memakai resepi utama iaitu ‘ Pelanggan Adalah Majikan’.”
“‘Pasaraya ini mula beroperasi pada 2 April 1995, dimana usia Sabasun sekarang menjangkau lebih dari 25 tahun dan pada waktu itu, bermula dengan tiga orang pekerja dengan dibantu oleh ahli keluarga yang lain dan perkataan Sabasun Hyperuncit bermakna sabasun tu akronim daripada dua perkataan iaitu sabar dan bersungguh-sungguh, manakala hyperruncit pula merupakan satu konsep yang berpaksikan pada glocal iaitu ‘’global technology local application’.
“Sebenarnya, di sini kami tidak ada gelaran khusus untuk apa-apa jawatan, kita hanya menggunakan gelaran ‘abang dan kakak’ malah semua kakitangan dan semua pembekal-pembekal panggil saya ‘abang long’ sebab nak kurangkan barrier, tembok, pemisah antara pekerja dengan kita,” ujarnya.
“Di luar Terengganu, boleh dikatakan pesaing-pesaing majoritinya terdiri daripada yang bukan Islam dan di situlah kami nampak ada ruang dan peluang kerana apabila Sabasun dapat menawarkan produk-produk halal dan toiyiba yang belum pernah ditekankan oleh mana-mana supermarket bukan Islam sebelum ini dan Alhamdulillah insyaAllah pengguna Islam akan dapat membuat pembelian yang lebih meyakinkan,” katanya.
Bapa kepada tujuh orang anak yang juga merupakan lulusan Ijazah Sarjana daripada California State Universiti dalam bidang Psycho Linguistik itu berkata, pasaraya Sabasun membuka peluang pekerjaan kepada hampir 500 penduduk setempat, 350 orang usahawan muslim tempatan dengan 2200 produk industri kecil sederhana (IKS) dan mempunyai pilihan hampir 30,000 barangan yang menjana pendapatan lebih RM2.5 juta sebulan.
Sumber: ohinfokini.com
-
PANDUAN1 year ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI1 year ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH1 year ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI2 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI1 year ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI12 months ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA1 year ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI12 months ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.