PANDUAN
Cara Buat Sos Spaghetti Carbonara Homemade. Sekali Buat Dapat Sekuali!
Cara Buat Sos Spaghetti Carbonara Homemade. Sekali Buat Dapat Sekuali!
Tetapi jika hendak dibuat dengan kuantiti yang banyak, elok buat sendiri je sos carbonara ni. Jom ikuti perkongsian lengkap cara membuat sos spaghetti carbonara homemade yang dikongsikan oleh Puan Arieza Rieza.
Entri kali ini, kami kongsikan cara membuat sos Spaghetti carbonara homemade. Sangat jimat, kerana sekali masak, boleh dapat sekuali. Spaghetti carbonara sering menjadi menu pilihan tuan rumah untuk dihidangkan kepada tetamu di majlis rumah terbuka atau majlis-majlis keraian terutamanya kepada kanak-kanak kerana rasa sosnya yang sedap dan tak pedas.
Cara Buat Sos Spaghetti Carbonara Homemade.

Bahan-bahan:
- Butter
- Spagetti
- Tepung gandum 3 sudu makan
- Bawang holland potong dadu
- Susu full cream 4 cawan
- Air 3 cawan
- Garam, lada hitam, oregano
- Tatura cream cheese yang kecil dibelah 2, ambil sebahagian saja. (kisar bersama sedikit air)
- Nak sedap masukkan daging cincang
- Sosej dipotong kasar
- Lada benggala
Cara Membuatnya:
- Panaskan butter kemudian masukkan bawang holland. saute sehingga keperangan.
- Masukkan daging cincang. Kacau2 sehingga masak.
- Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau2 sehingga keperangan sedikit.
- Dah agak kering masukkan air kacau2. Jangan sampai berketul, dah ok masukkan susu full cream. Saya pakai dutch lady, baru sedap. Kalau pekat tambah lagi.
- Kemudian masukkan kesemua bahan lain.
- Pastikan tatura cream cheese di kisar dahulu dengan sedikit air supaya kuah tidak berketul.
- Bila dah secukup rasa semua, tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama spaghetti.
- Siap!

Selamat Mencuba !

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber : Arieza Rieza / Inspirasi Resepi
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah
-
PANDUAN4 years agoMesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI4 years agoAyah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH4 years agoNiat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI4 years agoAlhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI4 years agoMampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI4 years agoPelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA4 years agoNasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI4 years ago“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.

