Uncategorized
STR Fasa Ketiga : Kategori Penerima RM600
STR Fasa Ketiga Kategori Penerima RM600
STR fasa ketiga adalah merupakan inisiatif yang akan diberikan pada bulan depan yang melibatkan kategori bujang, warga emas dan isi rumah. Untuk sedia maklum, pemberian sumbangan tunai rahmah kini dalam proses pembayaran fasa ketiga.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023
Bagi makluman umum, perlaksanaan pemberian bantuan khas STR pada tahun ini dijadualkan akan dibayar secara berperingkat melalui 4 fasa pembayaran. Perlaksanaan bantuan khas ini melibatkan 3 kategori utama iaitu isi rumah (berkeluarga), bujang dan warga emas.
Baca lagi di : “Bersalin Tapi Serahkan Urusan Anak Pada Orang Tua..” Tanda Anda Belum Layak Tambah Zuriat
Kadar jumlah keseluruhan yang ditawarkan menerusi pemberian STR adalah sehingga RM2,500 dan amaun bergantung kategori penerima. Bayaran bagi STR fasa 1 dan fasa 2 telah selesai diberikan pada bulan Januari dan April 2023.
BAYARAN STR FASA KETIGA
Tidak lama lagi pengagihan pemberian bayaran fasa ketiga STR akan dijalankan bermula Julai nanti. Kadar yang akan dikreditkan adalah RM150 untuk bujang, RM200 untuk warga emas dan RM0 – RM800 untuk isi rumah.
Baca lagi di : “Bersihkan Bilik Emak, Rasa Sakit Badan Tapi Puas Hati Buat Sendiri..” Normala Samsudin
KATEGORI PENERIMA BAYARAN RM600
Berikut adalah kategori penerima bayaran RM600 untuk fasa ketiga STR dijadualkan bulan depan :
- Kategori isi rumah
- Mempunyai tanggungan anak 3-4 orang
- Pendapatan bulanan RM2,500 dan ke bawah (B40)
SEMAKAN STR FASA KETIGA
Jika anda ingin membuat semakan, semakan boleh dilakukan secara online. Sila layari web rasmi bantuan tunai MySTR – DI SINI
Kepada mereka yang terlupa atau tidak tahu cara untuk membuat semakan, panduan lengkap telah disediakan seperti berikut :
- Layari portal rasmi MySTR
- Kemudian log masuk menggunakan nombor kad pengenalan
- Masukkan kata laluan
- Tekan pada semakan
- Maklumat status pembayaran anda akan dipaparkan seperti nama pemohon, no kad pengenalan, status permohonan dan status pembayaran fasa semasa.
Nota : Bagi yang terlepas pandang, pembayaran fasa ketiga nanti adalah bayaran terakhir bagi kategori bujang. Bayaran fasa 4 bagi kategori bujang tiada bayaran.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif berbentuk bantuan kewangan pada tahun ini bagi membantu meringankan beban rakyat. Kepada mereka yang terlepas padang, anda boleh membuat semakan senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan maklumat penuh.
-
PANDUAN2 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI2 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.