Connect with us

SEMASA

Suami Buntu Cari Duit Buat Pembedahan Jantung Isterinya, “Perlu Sediakan Wang RM36000 Masa Terdekat..,”

Published

on

Suami Buntu Cari Duit Buat Pembedahan Jantung Isteri, “Perlu Sediakan Wang RM36000 Masa Terdekat..,”

Bukan mudah bagi suami ini untuk menyediakan wang dalam jumlah yang begitu banyak dalam keadaan sekarang.

“Perlu sediakan wang RM36000 masa terdekat.” Suami ini buntu cari duit pembedahan jantung isteri.

Suami Buntu Cari Duit Pembedahan Jantung Isteri

“Saya buntu untuk cari duit dalam masa terdekat bagi pembedahan jantung isteri,” luah Muhammad Aifaa Zulkiffly, 33, berhubung masalah yang dihadapinya bersama isteri, Norsihmah Anuar, 33.

“Doktor maklumkan pada Rabu lalu berhubung perkara itu. Pembedahan isteri sepatutnya dibuat pada Isnin lalu tetapi ditangguhkan kerana perlu menyediakan kos pembedahan.

Menurutnya, dia perlu sediakan wang RM36,000 bagi pembedahan memasang alat bantuan jantung (ICD) isterinya itu.

“Isteri sekarang ada di Hospital Serdang dan saya hanya dapat melawatnya dua kali sehari kerana terpaksa bekerja mencari duit belanja,” katanya.

Pendapatan Terjejas

Tambahnya, dia terpaksa kerap bercuti untuk menguruskan isteri dan dua anaknya menyebabkan pendapatan turut terjejas.

“Selain mencari dana untuk pembedahan isteri, saya juga perlu menyediakan wang sewa rumah RM600 sebulan.

“Dirumah pun anak yang masak jika saya perlu bekerja dan mereka terpaksa menguruskan diri sendiri jika saya keluar bekerja.

“Buat masa sekarang, saya amat memerlukan sumbangan orang ramai untuk pembedahan segera isteri yang mana perlu disegerakan,” katanya.

Dia ditemui selepas menerima sumbangan daripada Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih Negeri Sembilan (PERKASIH N9) hari ini.

Perlu Sediakan Wang RM36000 Masa Terdekat

Jelas Muhammad Aifaa, isterinya dikesan menghidap penyakit paru-paru berair sejak dua tahun lalu dan mula mengalami masalah jantung baru-baru ini.

“Selain masalah jantung bengkak dan paru-paru berair, dia juga ada masalah darah tinggi, mungkin kerana bimbang penyakitnya itu.

“Saya buntu mencari dana untuk pembedahan isteri sedangkan doktor mengatakan ia (pembedahan) perlu disegerakan.

“Isteri di masukkan ke Hospital Port Dickson pada 12 September (Ahad) dan dipindahkan ke Hospital Serdang pada 19 September lalu berikutan sudah berada dalam keadaan koma,” ujar bapa dua anak lelaki berusia tujuh dan sembilan tahun itu.

Usaha Kumpulkan Dana

Sementara itu, Pengerusi PERKASIH N9, Norfadilah Mansor berkata, juga berusaha mengumpulkan dana bagi membantu keluarga ini terutama untuk pembedahan isterinya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbagan bagi meringankan beban keluarga ini, boleh menghubungi Muhammad Aifaa Zulkiffly ditalian 017-369 4630.

Mimbarraudhah: Bukan mudah bagi suami ini untuk menyediakan wang dalam jumlah yang begitu banyak dalam keadaan sekarang. Semoga wang dapat dikumpul secepatnya dan pembedahan tersebut dapat disegerakan serta kesihatan Norsihmah Anuar kembali pulih. Mari sama-sama kita bantu untuk hulurkan bantuan kepada beliau. Serta doa kalian supaya isterinya segera pulih.

Sumber: myMetro

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.