Connect with us

MOTIVASI

Dibanjiri Lautan Manusia, Suasana Tarawih Pertama Di Masjid Hagia Sophia Selepas 88 Tahun

Published

on

Dibanjiri Lautan Manusia, Suasana Tarawih Pertama Di Masjid Hagia Sophia Selepas 88 Tahun

ISTANBUL – Buat kali pertama dalam tempoh 88 tahun, Masjid Besar Hagia Sophia di Istanbul, Turki mengadakan solat tarawih semalam.

Pada 2020, statusnya kembali sebagai masjid yang dibuka untuk ibadah pada 24 Julai tahun itu.

Memetik laporan Astro Awani, detik bersejarah itu menyaksikan ribuan jemaah hadir menunaikan ibadah solat terawih pada malam pertama bulan Ramadan.

Difahamkan, Hagia Sophia dibina pada 532 sebelum masihi dan dijadikan sebagai masjid pada 1453 selepas penaklukan Istanbul.

Namun, sekatan COVID-19 di Turki menyebabkan masjid tersebut tidak digunakan bagi mengelak risiko jangkitan.

Sebelum itu ia digunakan sebagai gereja selama 916 tahun dan 86 tahun sebagai muzium. Dari 1453 hingga 1934 atau hampir 600 tahun ianya berfungsi sebagai masjid.

Pada 1985, Hagia Sophia telah dimasukkan ke dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO.

Terdahulu, pihak berkuasa Turki memutuskan untuk membuka semula masjid itu pada Ramadan berikutan kebanyakan penduduk sudahpun divaksin dan jumlah kes baharu dan kematian semakin menurun.

Hagia Sophia juga merupakan antara destinasi pelancongan utama Turki dan terus dibuka untuk pelawat dari dalam dan luar negara.

Beberapa acara untuk Ramadan juga akan diadakan di masjid itu, yang diubah suai menjadi muzium pada 1934.

Tinjauan di media sosial mendapati masyarakat setempat tidak melepaskan peluang berkongsi video dan foto suasana malam pertama solat sunat tarawih yang dibanjiri dengan lautaan manusia.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: Astro Awani, Twitter orang awam / Siakap Keli

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.