Uncategorized
Sujud Sahwi : Bacaan Dan 3 Sebab Melakukan Sujud Sahwi

Apa yang dimaksudkan dengan sujud sahwi?? Kenapa sujud sahwi ini dilakukan?? Jom admin kongsikan jawapanya dalam artikel kali ini.
Sujud sahwi adalah sujud yang dilakukan bagi menggantikan rukun solat yang tertinggal supaya mendapat solat yang sempurna. Dalam erti kata yang lain, sujud Sahwi bermaksud menutup kekurangan, kecacatan atau kekurangan yang dilakukan oleh seseorang yang sedang bersolat
Maksud Sujud Sahwi Dah Hukumnya
Maksud sahwi dari segi bahasa ialah lupa atau lalai akan sesuatu.
Manakala yang dimaksudkan dengan sahwi di sini ialah kecacatan solat yang dilakukan seseorang ketika bersolat sama ada disengajakan atau terlupa. Oleh itu, dengan melakukan sujud ini di penghujung solat ia akan menjadi penutup kepada segala kecacatan yang berlaku di dalam solat. Ia dilakukan dengan cara sujud sebanyak dua kali yang dilakukan pada akhir solat sebelum salam.
Bacaan Sujud Sahwi Dan Maksudnya
Sewaktu, melakukan sujud, anda perlu membaca bacaan tersebut sebanyak 3 kali. Bacaan tersebut ialah:
Bacaan Dalam Rumi:
SubhaaNa Man Laa YaNaaMu Walaa Yas-Huu
Maksudnya:
Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa
Antara Sebab Kita Perlu Melakukan Sujud Sahwi
Sujud sahwi bukan dilakukan tanpa sebab sebaliknya ia dilakukan kerana beberapa sebab. Antara sebabnya ialah:
1- Tertinggal Rukun Solat
Ini adalah sebab utama kenapa kita perlu melakukan sujud sahwi. Ini kerana, jika kita tertinggal atau terlupa melakukan sujud sahwi solat yang kita lakukan mungkin menjadi tidak sempurna. Justeru itu, untuk melengkapkan rukun solat yang tertinggal tersebut, kita sangat digalakkan untuk menggantikanya dengan melakukan sujud sahwi.
2- Merasa Ragu-Ragu Mengenai Bilangan Rakaat
Tidak dinafikan ada masanya kita terlupa bilangan rakaat atau merasa ragu-ragu dengan bilangan rakaat yang telah kita lakukan. Dalam keadaan ragu ini, dia hendaklah mengira rakaat yang paling sedikit dan kita boleh menggantikanya dengan melakukan sujud sahwi.
Baca Juga: Tarikh Puasa 2021 Dan Amalan Sunat Yang Boleh Dilakukan Sepanjang Ramadhan
3- Meninggalkan Perkara Sunat Ab’Adh
Bukan itu sahaja, sujud sahwi juga sunat dilakukan jika kita tertinggal perkara sunat Ab’Adh. Perkara sunat Ab’Adh dalam solat adalah seperti berikut:
- Tahiyat awal (pertama)
- Selawat ke atas Nabi SAW dalam tahiyat awal
- Duduk tahiyat / tasyahud awal
- Doa qunut pada rakaat kedua solat subuh dan pada solat witir yang terakhir sejak malam 15 hingga akhir bulan Ramadhan.
- Selawat ke atas Nabi SAW dalam qunut
- Selawat ke atas ahli keluarga Nabi SAW dalam qunut
- Berdiri semasa berqunut
- Selawat ke atas keluarga Nabi dalam tahiyat akhir.
4- Tersilap Melakukan Rukun Solat
Bukan itu sahaja, sujud ini juga bolh dilakukan kerana seseorang itu tersilap melakukan rukun solat. Contohnya, seperti membaca al-Fatihah ketika rukuk, atau membaca tahiyat ketika berdiri. Jadi, kita boleh menggantikanya dengan melakukan sujud ini. Walaupun ianya adalah sunat tetapi jika melakukanya, ia memberikan kesempurnaan di dalam solat kita.
Kita Perlulah Melakukan Solat Kita Dengan Sempurna Dan Terbaik
Kesimpulanya, walaupun hukum sujud ini adalah sunat tetapi dengan melakukan sujud ini ia secara tidak langsung akan memberikan kesempurnaan dan menutup kekurangan yang kita lakukan ketika sedang melakukan solat. Justeru itu, jika ada kekurangan sewaktu menunaikan solat, terutama sekali jika ada kesilapan dalam melakukan kita sangat digalakkan untuk melakukan sujud ini.
Justeru itu, kita perlulah menunaikan solat dengan sebaiknya dan dengan penuh dengan kesempurnaan kerana solat adalah alat penghubung antara kita dengan Allah SWT. Justeru itu, kita perlulh berusaha supaya solat yang kita lakukan adalah solat yang terbaik dan berusaha memastikan kita menunaikan solat dengan sempurna.
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI3 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.