Connect with us

PANDUAN

Teknik Mudah & Jimat Tanam Sawi Dalam Pasu, Siram Pun 2 Kali Seminggu Saja!

Published

on

Teknik Mudah & Jimat Tanam Sawi Dalam Pasu, Siram Pun 2 Kali Seminggu Saja!

Caranya dikongsi oleh usahawan tani, Azuan Abdullah. Ikut saja langkah demi langkah di bawah ini.

Nak cuba tanam sayur, tapi nak cara mudah. Kalau boleh tak mahu selalu siram. Boleh saja! Guna teknik tanam dalam nutripot.

Tanam sawi dalam nutripot lagi mudah

Melalui teknik ini, kita bagi baja bersama air semasa siraman. Paling best, siraman dibuat seminggu sekali bagi pokok yang masih kecil. Bila pokok usia 3 minggu, baru kita siram 2 kali seminggu. Jimat masa, jimat baja dan jimat tenaga. Bestkan!

Dalam banyak-banyak teknik tanam sawi di rumah, teknik ini yang paling mudah dan berkesan buat saya . Ianya dipanggil teknik nutripot buatan sendiri. Apa yang specialnya diy nutripot ni?

Walaupun siraman hanya 2 kali seminggu, pokok tak akan mati kelayuan. Hasilnya pun boleh tahan ohsem, lebih kurang 500 gram untuk 1 pasu.

Ini bahan-bahan yang diperlukan;

1. Pasu
2. Tong/baldi yang dapat muat 1/3 – ½ pasu.
3. Span
4. Cocopeat
5. Air baja AB

DIY nutripot untuk tanam sawi

1. Pilih kombinasi pasu dan tong/baldi yang sesuai. Pastikan 1/3 – ½ daripada pasu boleh masuk ke dalam tong/baldi.

Tanam Sawi

2. Pilih pasu yang ada lubang ya. Jika tak ada lubang, wajib buat lubang pada dasar pasu tersebut.

3. Masukkan pasu ke dalam tong. Ukur paras kedalaman bahagian pasu yang boleh masuk dalam tong/baldi. Saya tanda dengan marker pen paras tersebut.

4. Keluarkan pasu dari tong dan ukur paras bertanda tersebut. Dalam contoh ini, paras yang ditanda dengan marker dengan hujung pasu adalah 10 cm.

5. Ukur pula tong/baldi tersebut. Tandakan point dengan ukuran 2 cm lebih daripada paras pasu. Ini bermaksud point itu berada 12 cm.

6. Ia juga boleh meningkatkan kadar pengudaran akar nanti. Lubang tu jangan besar sangat ya. Jika lubang besar, si aedes boleh masuk bertelur nanti.

Tebuk lubang pada point yang kita tanda tu. Minimun 2 lubang. Maksimun 4 lubang. Tujuannya adalah sebagai lubang over flow jika air terlebih nanti.

7. Potong span ikut kesesuaian lubang dan ketinggian pasu. Ini saya guna span akuarium.

8. Masukkan span ke dalam lubang pasu. Pastikan hujung span mencecah pada bahagia dasar tong/baldi.

9. Masukkan cocopeat yang telah dibilas ke dalam pasu. Tak perlu penuh. Memadai tenggelam span atau ¾ daripada tinggi pasu.

10. Siap tanam, siram pasu tersebut dengan air baja AB hingga lelehan air keluar melalui lubang over flow yang kita tebuk tadi. EC baja 1.5 mS

Tanam anak benih sawi yang telah disemai. Pilih anak yang sihat dan bebas penyakit. Usianya lebih kurang 14 hari lepas semai dan ada 4-5 helai daun. Jarak lebih kurang 6 inci.

11. Jadual siraman dan kepekatan air baja adalah seperti berikut.

  1. Minggu 1 : 1 kali seminggu, EC 1.5
  2. Minggu 2 : 1 kali seminggu, EC 1.8
  3. Minggu 3 : 1-2 kali seminggu, EC 2.0
  4. Minggu 4 & 5 : 1-2 kali seminggu, EC 1.5
  • ** Siraman dibuat hingga air sampai ke paras lubang “over flow”

12. Ini keadaan pokok sawi yang berusia 35 hari lepas tanam. Dia punya daun berkilat-kilat kan. Yang pasti, ia bebas racun kimia.

13. Satu pasu ini dapat hampir 500 gram. Jika tak nak potong pokok pun boleh. Memadai kita ambil 2-3 helai setiap pokok. Cara macam ni, pokok boleh tahan lama. Alhamdulillah rasanya tak pahit dan sangat rapuh.

Klik SINI, untuk link beli.

Kalau tak nak DIY pasu ini pun boleh. Beli terus pasu nutripot yang dah siap. Ada jual di Shopee.

Semoga bermanfaat, Share kepada yang lain juga yaa tq…

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: Azuan Abdullah

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.