Connect with us

PANDUAN

Teknik Elak Rumput Dan Lalang Tumbuh Guna Kotak & Kertas. Cara Dikongsi Lelaki Ini Memang Jimat Masa, Tenaga & Duit

Published

on

Teknik Elak Rumput Dan Lalang Tumbuh Guna Kotak & Kertas. Cara Dikongsi Lelaki Ini Memang Jimat Masa, Tenaga & Duit

Teknik Elak Rumput Dan Lalang Tumbuh – Supaya tak sakit mata memandang kita kena habiskan masa dan wang untuk potong atau meracun rumput dan lalang ini. Jika kita selalu buat rutin ini apa kata ikut pula kaedah yang dikongsi oleh Akmal Al Yahya.

Rumput dan lalang yang tumbuh antara masalah bagi yang suka berkebun atau ada kawasan lapang di rumah.

Rupanya ada teknik mudah untuk kawal rumput dan lalang ini dari tumbuh, caranya cuma guna kotak dan kertas rincih yang boleh kita peroleh secara percuma. Langkahnya boleh ikut perkongsian Encik Akmal ini.

Baca ini juga: Tanam Lobak Dalam Botol Air Mineral Pun Boleh. Caranya Jangan Isi Tanah Penuh Botol Dulu!

Teknik Elak Rumput Dan Lalang Tumbuh – Kawal rumput & lalang guna kotak dan kertas rincih

Penggunaan kotak dan kertas yang telah dirincih, inspirasi dari Amalan Permaculture yang dilakukan ini kami dapati lebih jauh menjimatkan serta lebih praktikal.

Sejak mula berkebun, kami mendapati banyak masa dan tenaga yang digunakan hanya untuk mengawal rumput dan lalang di sekitar Kebun Lokal.

Dua bahan ini, kami dapatkan secara percuma tanpa menggeluarkan apa-apa modal, kecuali kami hanya laburkan pada tenaga dan masa.

1. Teknik Elak Rumput Dan Lalang Tumbuh – Letak kotak sebagai lapisan pertama

Teknik Elak Rumput Dan Lalang Tumbuh

Sebelum itu gemburkan tanah sedikit dan ratakan bagi memudahkan kotak untuk disusun dan rapat ke tanah.

Setelah lapisan kotak dibentang ke atas tanah, kami siram dengan air dan mampatkan ke tanah. Lapisan kotak tadi, disiram sehingga lencun dan dimampatkan lagi ke tanah.

2. Teknik Elak Rumput Dan Lalang Tumbuh – Tabur kertas yang dirincih untuk lapisan kedua

Teknik Elak Rumput Dan Lalang Tumbuh

Kertas rincih ini diratakan pada keseluruhan tanah yang telah dilapiskan oleh lapisan kotak tadi. Kemudian disiram sehingga lencun dan juga dimampatkan ke tanah.

Proses itu diulang bagi lapisan kedua iaitu kertas yang telah dirincih seperti di gambar.

3. Teknik Elak Rumput Dan Lalang Tumbuh – Proses ini dipanggil sebagai Mulching / Sungkup

Teknik Elak Rumput Dan Lalang Tumbuh

Mulching di Kebun Lokal telah mencapai 3 inci tebalnya. Saya pernah melakukan sedikit eksperimen pada awal tahun lepas, di mana kami taburkan benih-benih selasih. Tanpa perlu kami siram, ianya tumbuh dengan jayanya dan terpaksa pula dialihkan ke dalam plot tayar terpakai.

4. Teknik Elak Rumput Dan Lalang Tumbuh – Kemudian tabur daun kering

Teknik Elak Rumput Dan Lalang Tumbuh

Lapisan sungkup ini akan membantu kami di tanah untuk memegang kelembapan agar tidak hilang dari tanah jika hari terlalu panas dan melindungi tanah dari terhakis jika pada hari hujan yang terlalu lebat.

Setelah lapisan kertas rincih tadi diletakkan dan dimampatkan, baru lah lapisan paling atas kami letakkan iaitu dedaun kering separa kompos.

Jika dilihat semula tiada rumput atau lalang mampu tumbuh sehingga menembusi lapisan sungkupan ini.

Baca ini juga: Ini Kelebihan Tanam Pokok Dalam Tong Atau Polibeg Berbanding Tanam Terus Ke Tanah

5. Kelebihan sungkupan untuk tanaman

Hasil dari lapisan sungkupan ini akan membantu kami menyediakan kediaman bagi satu bakteria yang bernama MYCHORIZZA. Bakteria ini boleh di dapati di sekitar akar yang mana mereka menjadi penghubung kepada nutrient yang ada di tanah dengan akar.

Lebih banyak MYCHORIZZA, maka lebih baik penyerapan nutrients mampu tanaman manfaatkan.

6. Kertas rincih juga boleh buat kompos

Selain dijadikan sungkupan, kami juga menggunakan Kertas Rincih untuk dijadikan kompos. Jika tuan/puan ada yang membela cacing, kertas rincih ataupun kotak juga digunakan sebagai salah satu bahan makanan cacing.

Lazimnya dedaun kering di letakkan di bawah lapisan kertas rincih ini. Setiap minggu timbunan kompos ini akan dibolak balikkan bagi tujuan pengudaraan.

Untuk lebih jelas tonton video dibawah.

Semoga bermanfaat, Share kepada yang lain juga yaa tq…

Baca ini juga: Cara Bersihkan Bantal Kotor Dan Berbau. Guna 3 Bahan, Hasilnya Memang Bersih Bau Pun Hilang

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: Vanilla Kismis

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.