Connect with us

SEMASA

Usaha “T3ntera B4wang” Malaysia Membuka Pandangan Dunia Terhadap lsr4eI

Published

on

Dalam satu posting media sosial Menteri Luar Negeri,Hishammuddin Hussein menyatakan suara rakyat Malaysia mengubah pandangan masyarakat dunia terhadap I5r.4el,

berikut adalah posting yang buat pada 20 Mei 2021 di FB beliau.

USAHA RAKYAT ?? MALAYSIA BERKESAN MENGUBAH PANDANGAN MASYARAKAT DUNIA TERHADAP lSR4EL

Alhamdulillah, usaha berterusan rakyat Malaysia menekan komuniti dunia serta mengec4m kekej4man rejim Zi0nis lsraeI secara maya tidak sia-sia ✊?

Dimaklumkan bahawa malam ini (waktu Malaysia) Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ?? di New York, Amerika Syarikat akan memanggil satu Sesi Khas Perhimpunan Agung PBB bagi membahaskan mengenai ‘Situasi Terkini di Timur Tengah’ dan ‘Soal PaIestin’.

Keputusan Presiden UNGA ini juga antara lain hasil desakan bersama ketiga-tiga pemimpin Negara Islam di Asia Tenggara – ?? Perdana Menteri, ?? Presiden Joko Widodo dan ?? Kebawah Duli Tuanku Sultan Brunei Ahad lepas.

Keberk3sanan des4kan dan tek4nan yang dilakukan Malaysia ini turut diakui sendiri Presiden Persatuan Kebudayaan PaIestin Malaysia (PICOM) yang menyatakan rakyat Malaysia telah berjaya mengubah pandangan masyarakat antarabangsa terhadap lsraeI.

Inilah kekuatan apabila semua memainkan peranan dan bersatu padu – di pihak Kementerian saya, Kementerian Luar Negeri telah menggunakan setiap ruang bagi mendapatkan resolusi kolektif organisasi-organisasi pelbagai hala.

Ini termasuklah des4kan tegas kepada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) agar berhenti membisu sebaliknya bertindak segera mengikut 6 syor Malaysia; serta menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengkaji semula perancangan menempatkan pasukan bersenjata PBB bagi melindungi rakyat PaIestin. UNSC jelas gagal mencapai kesepakatan walaupun sudah tiga kali bersidang atas sebab kuasa veto satu negara sahaja. Ini amat mengecewakan!

Seperti saya sebut sebelum ini, kekurangan azam p0litik organisasi-organisasi pelbagai hala ini tidak boleh terus dijadikan alasan untuk mengabaikan tindakan penj4jahan Zi0nis lsraeI yang semakin berleluasa. Cukup-cukuplah masyarakat antarabangsa berdiam diri. Apa yang berlaku sekarang jen4yah per4ng. Apa yang berlaku sekarang ialah jen4yah terhadap kemanusiaan. Ia mesti dikec4m dan dih3ntikan.

Rakyat ?? Malaysia, jangan memandang rendah kekuatan suara anda. Teruskan usaha anda semua! ✊?

Posting ini menunjukkan bahawa apa yang dibuat oleh rakyat Malaysia di dalam media sosial sebenarnya menjadi perhatian masyarakat dunia.

Masyarakat Malaysia tidak henti-henti menyer4ng kek3jaman yang dilakukan zi0nis di media sosial semenjak ser4ngan zi0nis bermula.

Sumber :FB Hishammuddin Hussien

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.