MOTIVASI
Terdidiknya Isteri Jika Berakhlaknya Suami
Terdidiknya Si Isteri Jika Berakhlaknya Suami
Suami kena jadi suami yang baik. Isteri juga kena jadi isteri yang baik. Untuk menjadi suami isteri yang baik, suami isteri perlu upgrade keperibadian diri. Keperibadian diri juga disebut sebagai akhlak.
Apabila seorang perempuan dia menikah. Maka cerminan kepada perempuan itu adalah suami dia. Kerana suami adalah pemimpin dan isteri adalah orang yang di pimpin. Kalau isteri baik belum tentu suami baik. Sebab itu kalau isteri masuk Syurga belum tentu suami juga akan masuk Syurga.
Dalam memilih pasangan hidup ini kaum perempuan kena lebih ‘memilih’. Bukan saya nak kata lelaki tak boleh memilih tapi hidup di akhir zaman ini kaum perempuan lebih berhak untuk memilih. Sebab dia sedang memilih pemimpin untuk kehidupan dia selepas dah hidup berdua nanti.
Syurga seorang isteri itu terletak pada suaminya. Dan redha Allah pada isteri adalah bergantung kepada redha suami pada isterinya. Perempuan itu ibarat madrasah. Jika baik madrasah yang di bina maka baiklah yang lainnya. Suami adalah pemimpin kepada madrasah itu.
Perempuan itu untuk di bimbing dan di didik dengan keimanan. Tapi kalau yang mendidik itu lahir dari yang kayu bengkok mana mungkin yang di didik itu akan lurus. Bukan lelaki tak boleh memilih. Tapi kerana kaum perempuan itu lebih berhak untuk di lindungi.
Cukuplah akhir zaman ini ramai kaum perempuan tak di hargai oleh suami. Nafkah anak-anak tak di beri seolah-olah lepas berce rai lepas segala tanggungjawab. Belum sempat melahirkan anak tapi sudah di ce raikan. Sekalipun agama membenarkannya.
Begitukah cara seorang lelaki menjaga amanah dari Allah untuk dia?
Kepada perempuan di luar sana jangan memilih pasangan hidup semudah kalian nak membeli kangkung di pasar pagi. Agama telah tunjuk contoh lelaki yang baik untuk di jadikan suami. Jika lelaki yang di pilih baik agamanya itu tak baik. Bukan salah pada agama tapi penunghgang agama itu yang salah.
Kalau kalian dah jumpa lelaki yang kalian yakin baik agamanya. Boleh jaga kalian dan anak-anak kalian kelak nanti. Hargai lah dia seperti mana dia menghargai kalian. Dan sentiasalah memohon petunjuk dari Allah.
Allah lebih Maha Mengetahui apa yang baik buat kita dan apa yang tak baik buat kita.
Mimbarraudhah: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Harap kepada lelaki yang bergelar suami diluar sana dapat memperbaiki diri kearah yang lebih baik insyallah.
Sumber: Akakpesan
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI2 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.