SEMASA
T3rima RM200 seorang, 4 p3lakon ikl4n jvdi Raya ke2 dit4han p0lis

Baru-baru ini, dua buah iklan judi bertemakan Hari Raya menjadi tular di serata laman sosial dan membangkitkan kemarahan umat Islam.
Selepas penahanan 8 pelakon video pertama, semalam 4 orang individu lagi, dipercayai memegang watak pelakon dalam video kedua iklan raya mempromosikan kegiatan judi, telah ditahan oleh pihak polis.
4 pelakon iklan judi raya ke-2 diberkas
Video Judi Raya ke-2
Yg pertama pun blum settle lagi#KerajaanGagal pic.twitter.com/Tqm2ZU8kj8
— 🐈🐈🐈🐈🐈 (@KucingKuncitara) April 17, 2021
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah memberi pengesahan semua pelakon tersebut ditahan di Ampang.
“Kesemua mereka ditahan reman bermula hari ini (Ahad) sehingga esok bagi membantu siasatan,” katanya menerusi sebuah kenyataan, lapor Sinar Harian.
Dalang utama dikenalpasti dan masih dicari
Selain itu, media turut melaporkan seorang lelaki yang juga merupakan dalang utama penghasilan dua video iklan lagu raya judi tersebut telah dikenalpasti dan kini dicari.
Menurut Mohamad Zainal lagi, lelaki berusia 35 tahun itu dikenali sebagai Loh Kee dan kali terakhir dikesan menetap di Kuala Lumpur.
“Suspek kini dikehendaki bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana terbabit dalam sebaran video mempromosikan perjudian dalam talian.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung suspek berkenaan boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Asisten Superintendan Zairil Hazly Zulkifli di talian 017-4589997,” katanya.
Pelakon MV kedua terima bayaran RM200
Tambahnya, pihak polis tidak menolak kemungkinan bahawa video pertama dan kedua yang tular di serata laman sosial dihasilkan oleh syarikat produksi yang sama namun pelakon berbeza.
Memetik laporan mStar Online pula, berdasarkan siasatan awal pihak polis mendapati kesemua suspek itu mendapat bayaran lebih RM 20 daripada pelakon video pertama, iaitu sebanyak RM200.
“Difahamkan penggambaran video kedua ini diadakan di sekitar Ampang, Semenyih dan Hulu Langat pada Mac lalu,” ujarnya.
Sebagai rekod, pelakon video iklan pertama hanya menerima sebanyak RM180 seorang. Bagaimanapun, pelakon dalam video pertama saling mengenali antara pelakon dalam video kedua.
“Siasatan awal mendapati ia dilakukan syarikat produksi yang sama, namun pelakon berbeza.
“Tetapi pelakon dalam video yang pertama mengenali pelakon dalam video kedua,” katanya.
Terdahulu, dua video iklan kegiatan dengan tema sambutan Hari Raya tular di laman sosial sehingga mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh negara.
Ia disifatkan sebagai tidak sensitif lebih-lebih lagi apabila menggunakan pelakon Muslim dan mempromosikan kegiatan haram itu secara meluas oada bulan Ramadan.
Sumber: Sinar Harian (Ahmad Ismadi Ismail), mStar Online
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI3 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH3 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI3 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI3 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA3 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI3 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.