Connect with us

MOTIVASI

(video) “Teringat arwah anak, mental kena kuat layan anak mcm ni” Muntah Di Katil Hispital, Kanak2 Hidap K4ns3r Menangis Risau Susahkan Ibu

Published

on

Perkara tersebut telah dilalui oleh seorang kanak-kanak dikenali sebagai Muhammad Umar Fayyadh apabila berjuang melawan kanser yang dihidapinya sejak berusia 4 tahun.

Melihat anak kecil yang terlantar sakit di atas katil sememangnya satu perkara yang begitu menyentuh hati. Mana tidaknya, diusia sebegitu sepatutnya mereka sedang aktif bermain dan bukannya harus menanggung derita yang melemahkan tubuh badan.

Sepanjang anak sulungnya menjalani rawatan CNS Embryonal Tumor (saraf) tahap 4 di hospital, pengguna TikTok berkenaan telah mengambil video dan berkongsi kompilasi rakaman tersebut di media sosial.

Menerusi muat naik yang dilakukan oleh pengguna TikTok yang juga ibu kepada adik Umar iaitu @0azkiaaeera0, dia telah berkongsi perjalanan sepanjang anaknya bergelar cancer survivor dan sentiasa mendoakan kesihatan kanak-kanak terbabit.

Sudah tentu ia telah mendapat perhatian ramai lebih-lebih lagi mereka yang rapat dengannya kerana mahu mengetahui perkembangan kesihatan kanak-kanak tersebut.

Dalam video terbaru yang dimuat naik oleh @0azkiaaeera0, dia telah berkongsi momen anaknya bertanya sama ada dia marah ataupun tidak kerana kerap termuntah di atas katil sewaktu mendapatkan rawatan.

Risau ibu marah sebab muntah

Mereka juga mendoakan agar kanak-kanak tersebut segera pulih dari rasa sakit yang dialaminya dan turut memberikan semangat kepada ibunya supaya terus kuat dalam menguruskan anak yang sedang diuji dengan penyakit berat seperti itu.

Perkara tersebut membuatkan warganet berasa begitu sebak kerana melihat anak kecil yang rasa bersalah sehingga menangis kerana termuntah tanpa sengaja memandangkan dia sedang sakit.

Semoga Allah angkat sakit adik

Sumber: TikTok @0azkiaaeera0 via ohmymedia

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.