Connect with us

PANDUAN

Tips Halau Nyamuk Dengan Menggunakan Pokok Jeremin

Published

on

Halau Nyamuk

Tips Halau Nyamuk

Berikut kami kongsikan cara halau nyamuk dengan hanya menggunakan pokok jeramin. ikuti langkah di berikut.

Masalah nyamuk memang selalu kita hadapi, lagi menakutkan kalau ada banyak nyamuk Aedes sekitar rumah. Bimbang kena demam denggi.

Bila ada masalah nyamuk kita akan gunakan penyembur nyamuk saja walaupun ramai juga yang tidak sukakan baunya.

Lagi satu cara untuk mengelakkan dan menghalau nyamuk adalah dengan menanam pokok Jeremin atau dipanggil pokok Halau Nyamuk. Ini cara semula jadi, tak guna kimia. Ada juga yang memanggilnya pokok Lima Jari.

Halau Nyamuk

Baca Juga: Bila Saya Cakap Saya JuaI KAYU API, Ramai Rakan Yang Gelakkan Saya, Dia Tidak Tahu Income Aku Sehari RM600

Lihat Juga: Ramuan Berkesan Elak Ul4r Dan T1kus Masuk Rumah, Gaul Garam Kasar Dengan 3 Bahan Ini

Baca Juga: Jumpa Segulung Duit RM100 Di Stesen Minyak Dan Ramai Cuba ‘Claim’ Tapi Lelaki Bijak Berjaya Cari Pemilik Asal

  • Pokok jeremin ini mempunyai bau yang kuat seakan bau aerosol, penyembur serangga. Bau ini terhasil sekiranya kita menyentuh daunnya.
  • Pokok ini boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk kerana ia akan membebaskan sejenis serbuk halus dengan bau yang tidak disukai oleh nyamuk.

Tips halau nyamuk

Letak pokok Jeremin supaya lebih berkesan :

Halau Nyamuk

  • Pokok ini perlu diletakkan di tempat redup kerana pendedahan pada cahaya matahari terik akan merosakkan daunnya.
  • Sebaiknya letak di tingkap atau di tepi pintu rumah. Sebabnya angin yang keluar masuk akan mengoyangkan tanaman ini dan bau Citronella dari daunnya akan keluar merebak ke dalam rumah dan persekitarannya. Aroma Citronella inilah tidak disukai oleh nyamuk.
  • Bagaimana pun jika tidak ada tiupan angin sebenarnya kita boleh menggunakan kipas angin untuk menyebarkan bau dari tanaman ini.

Cara biakkan pokok

  • Pokok jenis ini boleh dibeli di nurseri dan kemudian boleh dibiakkan sendiri supaya boleh diletakkan di beberapa penjuru rumah.
  • Cuma kerat batang dan cucuk dalam pasu berisi tanah hitam. Pokok ini perlu disiram paling kurang sehari sekali.

Boleh tanam pokok ini juga untuk halau Nyamuk

Selain pokok jeremin ini, pokok berikut juga boleh ditanam untuk tujuan halau nyamuk.

1. Serai wangi

Halau Nyamuk

2. Pudina

Halau Nyamuk

Bau yang dihasilkan oleh tumbuhan ini juga tidak disukai oleh nyamuk.

Sumber: Anim Hosnan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.