MOTIVASI
“Tahan sikit esok kita ke klinik” – Selepas pujuk, kutip ulat satu persatu… wanita terkilan tak sempat selamatkan anjing cedera
“Tahan sikit esok kita ke klinik” – Selepas pujuk, kutip ulat satu persatu… wanita terkilan tak sempat selamatkan anjing cedera
Yasmin Hanani, 25, berkata dalam kejadian pada 8 Julai lalu, dia dalam perjalanan pulang ke rumah ibunya di Klang, Selangor apabila melihat sekumpulan anjing melintas jalan dan salah seekor daripadanya mengalami kecederaan.
HATI wanita ini luluh apabila melihat seekor anjing mengalami luka begitu parah di bahagian leher.
“Saya dalam perjalanan ke rumah mak dengan suami. Kami lalu jalan dalam iaitu di Kampung Sawah. Masa tu la saya nampak ada tiga hingga empat ekor anjing melintas dan ada seekor tengkuknya berdarah. Walaupun nampak serius luka tu tapi dia masih boleh berjalan.
Jelasnya ketika dihubungi mStar, dia bagaimanapun tidak berhenti dan memberikan bantuan kepada anjing malang tersebut kerana mampunyai urusan penting di rumah ibunya.
View this post on Instagram
Selepas suaminya dimaklumkan, mereka berdua keluar dan pergi semula ke kawasan anjing-anjing tersebut ditemui sebelum ini untuk menghulurkan bantuan.
“Saya seorang je nampak anjing tu, suami tak perasan. Dua hari berturut-turut saya fikir fasal anjing tu bila balik ke rumah dan akhirnya saya ceritakan juga dekat suami,” katanya.
Melihat keadaan anjing itu yang cukup sadis membuatkan wanita yang merupakan pencinta haiwan ini menangis sebelum memberikan bantuan.
“Kami keluar jam 5.30 petang, cuaca pun redup saja. Bila lalu kawasan tu memang nampak ‘dia’ ada dekat tepi jalan terbaring dan dah tak boleh berjalan,” ujarnya yang senang disapa Min.
Lelaki tersebut turut menceritakan punca Georgi mengalami cedera parah.
Jelas Min, ketika sedang memberikan pertolongan, dia dihampiri seorang lelaki india yang mengaku bahawa anjing tersebut merupakan haiwan peliharaannya yang bernama Georgi.
“Masa saya cuba alihkan dia ke tepi jalan ada seorang uncle India tanya kenapa alih anjing dia. Saya terkejut rupanya anjing ni bertuan. Tuannya tu beritahu anjing dia yang bernama Georgi kena gigit anjing liar dekat tengkuk.
“Bila sampai saya nampak ‘dia’ tak bergerak dari tempat saya jumpa sehari sebelum tu. Saya terus ambil sarung tangan dan ubat-ubatan untuk beri rawatan. Dia nampak takut tapi kakinya sangat lemah masa nak lari dari saya.
Sayu mendengar cerita Georgi, Min dan suaminya, Azri Salman, 27, meneruskan niat untuk membantu dengan membuang ulat-ulat tersebut satu per satu dan proses itu mengambil masa selama lebih tiga jam.
“Uncle beritahu dia ada letak minyak tanah di kawasan luka yang dah banyak ulat sebab lalat bertelur. Saya rasa mungkin sebab minyak tu luka yang asalnya kecil jadi lebih teruk sampai nampak kesan kemerahan macam terbakar,” ujar Min lagi.
Menurutnya yang berasal dari Klang, Selangor, dia tidak dapat membawa Georgi ke klinik haiwan kerana waktu beroperasi sudah tamat.
Min dan Azri dalam perjalanan ke Klang, Selangor ketika terjumpa anjing tersebut.
“Bila tengok keadaannya dah ‘bersih’ sikit tak ada ulat saya cuba bagi makan tapi ‘dia’ tak jamah sikit pun. Mungkin luka bahagian leher tu terlalu dekat dengan tekak jadi ‘dia’ hilang selera.
“Saya ada beli ubat jenis spray. Lepas sembur banyak sangat ulat jatuh. Dari sekecil-kecil saiz sampailah besar. Saya tak dapat bayangkan betapa lama dah dia menderita tahan sakit.
Saya terkilan apabila tak dapat menyelamatkan Georgi. Lama juga saya ambil masa untuk terima kenyataan yang dia mati sebelum sempat saya selamatkan.
“Bila bagi minum guna sudu barulah ‘dia’ minum sikit. Saya ada pesan pada Georgi minta dia bertahan sampai esok pagi untuk saya bawa jumpa doktor. Sebelum tinggalkan dia, saya tinggalkan nombor dekat uncle tu dan beritahu yang saya akan datang balik,” imbas Min.
Sekali lagi wanita ini mengalirkan air mata kerana terkilan tidak dapat menyelamatkan haiwan tersebut.
Namun, pada keesokan paginya, uncle tersebut menghantar mesej pada Min dan memberikan perkhabaran bahawa Georgi telah mati.
Perkongsian videonya yang disiarkan di TikTok meraih lebih 1.1 juta jumlah tontonan dan rata-rata netizen turut meluahkan rasa sebak di ruangan komen.
“Saya terkilan tak dapat selamatkan Georgi. Lama juga saya ambil masa untuk terima kenyataan yang dia mati sebelum sempat saya selamatkan.
Min dan Azri cuba sedaya upaya mereka membantu anjing cedera.
“Lagi pula, saya memang dari kecil sudah dididik oleh mak dan ayah supaya menyayangi haiwan. Waktu saya darjah tiga, saya pernah juga rawat haiwan luka di bahagian telinga sehingga berulat. Jadi saya memang tak takut atau geli dengan ulat-ulat ni semua,” ujar Min lagi.
“Apa-apa pun, saya bersyukur dan berterima kasih dekat suami yang turut menyokong dengan membantu saya cuba selamatkan anjing tu. Dia banyak tenangkan saya dengan kata-kata positif.
Sumber: mStar
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI2 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.