MOTIVASI
(VIDEO) Warga Emas Gigih Jual Kuih Walaupun Dapat Untung Hanya RM5 Sehari Untuk Sara Isteri Dan Seorang Anak Kelainan Upaya
(VIDEO) Warga Emas Gigih Jual Kuih Walaupun Dapat Untung Hanya RM5 Sehari Untuk Sara Isteri Dan Seorang Anak Kelainan Upaya
Bapa kepada lima anak itu, Hairuddin Mad Sariff, 73, berkata, gerainya berteduhkan payung usang sumbangan seorang rakan di hadapan stesen minyak dekat Bukit Beruntung sejak tujuh tahun lalu.
Meskipun hanya memperoleh untung sekitar RM5 sehari, ia tidak mematahkan semangat seorang warga emas mencari duit belanja harian dengan menjual biskut dan kuih di tepi jalan.
“Dulu saya kerja pengawal keselamatan selama 20 tahun dan terpaksa berhenti kerja atas faktor umur serta kemudian cari tin kosong untuk cari duit belanja.
Menurutnya, dia menjual biskut dan kuih dalam balang berharga antara RM3 hingga RM10 seawal jam 8 pagi hingga 3 petang.
“Ada juga orang letak kuih kat saya tapi untung tak banyak sebab balang besar yang terjual hanya dapat untung RM1 dan balang kecil, dapatlah 50 sen,”katanya.
“Ada seorang kawan buat kuih bahulu cadangkan saya jual kuih dia tapi bila dia dah men1ng gal dunia, saya beli kuih dan biskut di pasar raya untuk dijual semula.
Menurutnya, hasil jualan tidak menentu kerana kadangkala berturut hari tiada kuih yang terjual sehingga mem4ksa dia menggunakan wang pusingan untuk belanja harian.
Hairuddin berkata, duit keuntungan akan dibelanjakan bagi membeli lauk untuk isteri dan seorang anak orang kelainan upaya (OKU) di rumah di Jalan Anggerik 4B, Bukit Sentosa.
“Bukan tiap-tiap hari ada orang beli dan paling banyak pun boleh dapat RM10 sehari tapi kalau bulan puasa dekat nak raya, baru ada rezeki lebih.”
“Cukuplah untuk lepas duit belanja hari-hari dan kalau saya tak jual kuih, apa lagi boleh buat sebab umur pun dah 73 tahun.”
Menurutnya lagi, setiap hari dia akan berulang-alik dari rumah ke tempat niaga menaiki motosikal yang diberikan anak yang bekerja di bengkel dekat Shah Alam.
Hairuddin berkata, selepas kem4tian isteri pertama yang dikurniakan dua anak, dia mendirikan rumahtangga kedua pada 1980 dan mempunyai tiga anak tiri.
Menurutnya, isterinya, Rokiah Mohammad, 59, tidak bekerja kerana memberi tumpuan penuh terhadap anak bongsu (anak tiri), Hairi Norsaini, 39, yang mengalami mas4lah terenc4t akal sejak lahir.
“Saya cuma ada lesen motosikal dan tak mampu nak berniaga guna lori, lagi pun berniaga nak cari duit belanja harian saja.
“Kalau ada motosikal roda tiga, senanglah sikit nak angkut barang dari rumah dan mudah jual kuih atas motosikal itu,”katanya.
Anak istimewa
Menurutnya, Hairi mampu untuk menguruskan diri termasuk ke tandas namun tidak berupaya bertutur seperti insan biasa.
Sementara itu, Rokiah berkata, empat anak sudah berumah tangga manakala anak bongsu (Hairi) berkelakuan seperti kanak-kanak walaupun sudah berusia 39 tahun.
“Pen memang sentiasa ada dengan dia dan akan kutip apa saja kertas untuk lukis tapi kadangkala dia akan koyak kertas itu.
“Kalau kita cakap, dia faham cuma tak boleh bercakap dan suka melakar apa yang dilihat di televisyen di atas kertas.
“Walaupun keadaannya tidak sempurna, dia mudah diuruskan dan rajin bantu saya kemas rumah dan siram pokok bunga,”katanya.
Rokiah berkata, anak lain tidak meng4baikan mereka dan seorang anak perempuan yang tinggal berdekatan juga sering menjenguk serta membawa makanan.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber : Sinar Harian / I Muslim Network
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI2 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.
1 Comment