Connect with us

SEMASA

Tiada ‘Honeymoon’ Hanya Rancang Buat Umrah, Zizi Kirana Kini Milik Yusuf Bahrin

Published

on

Tiada ‘Honeymoon’ Hanya Rancang Buat Umrah, Zizi Kirana Kini Milik Yusuf Bahrin

Penyanyi bersuara serak basah, Zizi Kirana selamat melangsungkan pernikahan dengan pelakon Yusuf Bahrin di Masjid Usamah Bin Zaid, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Sesi pernikahan tersebut turut disiarkan menerusi laman Instagram milik Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil untuk tatapan peminat dan pengikutnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @imani_imtiyaz@ (@imani.imtiyaz)

Jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa dan pereka fesyen Shanell Harun masing-masing memuat naik posting memaparkan penyanyi berusia 36 tahun itu tampil menggayakan busana moden songket berona hitam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by www.alhaalfa.com (@alhaalfa)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHANELL HARUN (@shanellharun)

Memetik laporan mStar Online, penyanyi lagu Eh itu menerima mas kahwin senaskah al-Quran, sebentuk cincin dan seutas gelang tangan selain tidak mendedahkan jumlah wang hantaran.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @imani_imtiyaz@ (@imani.imtiyaz)

Mula mengenali hati masing-masing sejak dua bulan lalu, Zizi juga merancang bagi mengadakan dua majlis resepsi iaitu di Sabah dan di kampung halaman suaminya di Melaka pada Disember akan datang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @imani_imtiyaz@ (@imani.imtiyaz)

Tambah Zizi, mereka tiada perancangan untuk berbulan madu kerana kembali bekerja esok namun merancang bagi menunaikan umrah selepas sempadan negara dibuka.

Mimbarraudhah: Semoga kekal bahagia hingga ke anak cucu.

Sumber: Ohmymedia

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.