PANDUAN
8 Petua Berkesan Menghalau Cicak Dalam Rumah
Cicak boleh suka menghampiri makanan dan minuman kita. Lalu macam mana nak menghalau cicak dari dalam rumah atau bilik kita dan membuat cicak tidak balik lagi ke dalam rumah?
8 Petua Berkesan Menghalau Cicak Dalam Rumah. Kewujudan cicak di rumah seringkali membuat kita jijik dan kesal kerana tahi cicak yang sering mencemarkan rumah.
8 CARA BERKESAN MENGHALAU CICAK DARIPADA MEMASUKI RUMAH
Lihat senarai dibawah ini:
- SERBUK KOPI

Letak sedikit serbuk kopi ke dalam bekas. Masukkan juga serbuk tembakau dan gaulkan. Ambil pencunkil gigi atau batang mancis dan sapu sedikit gam di atasnya kemudian letakkan serbuk yang telah digaulkan tadi. Letak di tempat yan sering dimasuki oleh cicak dan juga belakang almari. Cicak akan mati apabila memakan serbuk tersebut.
- LADA HITAM
Dalam satu bekas, masukkan serbuk lada hitam, serbuk cili dan air serta masukkan kesemua bahan tersebut dalam bekas spray. Sembur pada dinding, tingkap dan pintu untuk mengelakkan cicak daripada masuk atau merayap ke dalam rumah anda. Cicak tidak tahan dengan rasa atau bauan yang pedas.

- PERANGKAP TIKUS
Ramai yang tidak tahu bahawa, perangkap tikus juga boleh digunakan untuk menangkap cicak. Kalau anda tidak percaya, cuba gunakannya dan lihat hasilnya nanti.
- BULU AYAM

Cicak secara semulajadinya memang sangat takutkan bulu ayam. Gantung atau letak bulu ayam di sekitar rumah anda. Secara tidak langsung, cicak tidak akan berani mendekati tempat tersebut.
- SOS TABASCO
Campurkan air bersama sedikit sos Tabasco dan masukkannya ke dalam botol spray. Sembur bahan tersebut ke belakang almari, rak atau tempat tertutup. Baunya yang tajam akan membuatkan cicak tidak akan berani datang ke tempat semburan itu.
- KULIT TELUR

Cicak tidak suka bau telur. Letakkan kulit telur di ruang kosong seperti tepi tinkap atau pintu untuk mengelakkan daripada dimasuki cicak. Jangan lupa untuk gantikan dengan yang baru selepas 2 minggu digunakan ye.
- BAWANG PUTIH/MERAH

Cicak sangat bencikan bau bawang putih atau merah. Gantung atau letakkan di tempat yang selalu cicak muncul. Anda juga boleh kisarkan bawang dengan sedikit air untuk dijadikan air semburan spray.
- PLY PAPER

Letakkan ply paper pada bahagian bucu siling dan sudut dinding. Apabila cicak melaluinya, ia akan melekat pada ply paper tersebut. Jadi, dengan mudah anda dapat membuang cicak-cicak yang melekat.
Anda haruslah memastikan keadaan rumah anda bersih supaya tiada saki baki sisa makan di dapur ataupun lantai yang boleh menarik perhatian serangga mengerumuninya sekaligus menarik perhatian cicak untuk datang. Pastikan juga pinggan mangkuk yang telah digunakan dicuci dengan segera.
Selamat mencoba…
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: islamitupilihanku / Majalah Perdana
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah
-
PANDUAN4 years agoMesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI4 years agoAyah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH4 years agoNiat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI4 years agoAlhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI4 years agoMampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI4 years agoPelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA4 years agoNasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI4 years ago“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.

