Connect with us

Masa Tua kita seperti apa?

Wajah di dalam gambar ini adalah Mbah Asrori. Usianya sudah mencecah 98 tahun. Setiap Jumaat, lelaki tua ini akan mengayuh basikal dan bersedekah 100 hingga 300 nasi bungkus kepada sesiapapun yang ditemuinya.

Nasi-nasi bungkus itu dibeli dari wang hasil mengajar mengaji, juga sedekah dari mereka-mereka yang simpati. Dia sudah melakukannya selama 30 tahun. Seseorang bertanya, apakah rahsia beliau panjang umur?

Dia menjawab – rajin membaca Quran, bersilaturrahim dan selalu bersedekah.

Dia telah melewati zaman Belanda, zaman Jepun, zaman kemerdekaan, zaman PKI member0ntak, zaman order baru, zaman reformasi dan dia masih berdiri tegap hingga hari ini. Di usianya yang sudahpun menjangkau 98 tahun, suaranya masih begitu lantang menebar salam.

Nasi-nasi itu diberikan terus dari tangannya.

“Assalamualaikum! Ini ada nasi..”
“Assalamualaikum! Ini buat kamu..”
“Assalamualaikum! Dibagi semua yaa..”

Allahu Akbarr! Allahu Akbar! Inilah orang yang kaya raya! Selama 30 tahun dia melakukan sedekah itu dengan ikhlas. Entah sudah berapa ratus ribu nasi bungkus disedekahkan-nya. Tanpa perlu menunjuk dimedia sosial, dia telah mengget4rkan langit. Malaikat sibuk mencatat kebaikan-kebaikannya. Allah berikan keberkahan pada usianya.

Ketika di masjid, dia tunduk dengan sujud-sujud panjang kepada penciptaNya. Bagaimana dengan diri kita? Masa tua kita ingin seperti apa? Lakukan kebaikan bermula dari sekarang, agar perjalanan hidup kita tidak sia-sia… Kelak kita pulang dengan kebanggaan yang akan dibawa menghadap Sang Pencipta…

Doakan aku kawan…

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.