PANDUAN
Pemuda ini tinggalkan kerja offshore demi jaga ibu sakit, mula dengan jual cream puff, rezeki diperoleh selepas itu amat sukar dipercaya
Pemuda ini tinggalkan kerja offshore demi jaga ibu sakit, mula dengan jual cream puff, rezeki diperoleh selepas itu amat sukar dipercaya
Azrul Nizam Azali, 29, pernah bekerja di sebuah syarikat cari gali minyak di Terengganu sebelum menamatkan perkhidmatannya pada tahun 2016.
Duit boleh dicari, mak ayah tiada galang-ganti. Begitulah kata-kata jejaka berusia 29 tahun ini yang sanggup meninggalkan kerjayanya demi menjaga ibu tercinta.
Mesra disapa Ayul, dia mengakui berat hati dengan keputusan itu namun berlapang dada demi menguruskan ibunya, Fatimah Ariffin, 66, yang mengalami masalah buah pinggang.

“Saya bermula dengan jual cream puff di rumah. Kemudian dah mula ada pelanggan, saya cuba ikut permintaan mereka. Baru saya buat kek pula. “Dari situ saya menapak ke satu tapak yang lain. Pada tahun 2019 saya buka kedai, kemudian tahun 2020 saya buka sebuah lagi kedai.
Enggan mempersiakan masa yang ada selepas pulang ke kampung di Yan, Kedah, dia mula berniaga cream puff sebelum mengorak langkah menjadi pengusaha kek sejak awal 2017.
“Satu kedai untuk production, satu kedai lagi untuk jualan,” ujarnya kepada mStar. Berkat jaga mak, rezeki melimpah kerana doa mak tak pernah putus. Mengimbas detik peralihan kerjaya itu, Ayul berkata dia sanggup melakukan apa sahaja demi menjaga ibu bapanya. Malah kata Ayul, berkat menjaga ibu, urusan perniagaannya juga dipermudahkan dan dia bersyukur dengan rezeki yang diraih selama ini.


“Hanya saya dan adik yang belum kahwin. Jadi saya berkorban untuk jaga mak. Saya yang uruskan dialisis mak, pada masa sama saya buat bisnes.
“Saya kerja offshore tiga tahun. Masa mak mula sakit, saya ambil cuti tanpa gaji selama empat bulan. Tapi keadaan itu agak sukar buat saya. Jadi saya ambil keputusan untuk berhenti.
“Tipulah kalau tak rindu kerja yang dulu. Sebab ia cukup berbeza dengan apa yang saya lakukan sekarang. Tapi saya percaya ada hikmahnya.
Ayul merancang membuka sebuah kilang roti pada tahun 2022.
Menurut anak keenam daripada tujuh beradik itu, dia juga banyak berkongsi ilmu mengenai pembuatan kek, bisnes dan pemasaran melalui aplikasi TikTok.
“Saya bersyukur dengan rezeki ini, berkat jaga mak, rezeki melimpah kerana doa mak tak pernah putus. Ayah pun dah umur 70, jadi saya ambil tanggungjawab untuk jaga mereka berdua,” ujarnya.

Dalam temubual sama, Ayul sempat menitipkan pesanan kepada mereka yang baru berjinak dalam bidang perniagaan. “Untuk yang baru berniaga, jangan putus asa. Kena cuba buat dulu. Jangan fikir siapa yang nak beli? “Buat dulu baru jual. Bila dah mula, kita dah tak boleh toleh ke belakang. Jadi kita akan sentiasa ke depan,” ujarnya lagi.
Ayul (kanan) bersama sebahagian ahli keluarganya.Selain bisnes kek, Ayul turut mengusahakan khidmat ‘surprise planner’ sejak tiga bulan lalu. Malah, dia juga dalam perancangan untuk membuka sebuah kilang roti pada tahun depan.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: imuslimnetwork
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah
-
PANDUAN4 years agoMesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI4 years agoAyah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH4 years agoNiat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI4 years agoAlhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI4 years agoMampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI4 years agoPelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA4 years agoNasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI4 years ago“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.

