SEMASA
Aku balik solat sekejap, sekali keluar terkejut ada 2 ekor malaun layan tido. Ini yang aku buat.
Aku balik solat sekejap, sekali keluar terkejut ada 2 ekor malaun layan tido. Ini yang aku buat.
Apa yang menarik perhatian ialah reaksi mereka yang kembali menyambung tidur sewaktu dikejutkan oleh lelaki tersebut. Reaksi mereka ini turut mencuit hati netizen di mana video tersebut juga meraih hampir setengah juta tontonan setakat ini.
Kucing memang selalunya suka tidur di mana-mana sahaja dan tidak kisah sekiranya tempat tersebut adalah milik mereka mahupun tidak. Sama macam gelagat dua ekor kucing ini yang dilihat dengan selambanya tidur di motor kepunyaan lelaki ini.

Sebaik sahaja dikejutkan, kucing tersebut hanya memandangnya dengan reaksi yang selamba dan langsung tidak takut atau melarikan diri. Lebih melucukan, mereka juga kembali menyambung tidur semula seolah-olah tidak kisah dengan apa yang berlaku.
Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu dilihat menuju ke motorsikalnya di mana kelihatan dua ekor kucing yang sedang nyenyak tidur di situ. Lelaki itu kemudiannya mengejutkan kucing tersebut memandangkan dia perlu keluar dan menggunakan motor tersebut.
Di ruangan komen, reaksi selamba dari kucing itu turut menghiburkan netizen yang menonton. Malah ada yang berseloroh meminta lelaki itu membeli motor yang baru sahaja memandangkan motornya itu telah menjadi hak mereka.
Malah lelaki itu juga turut sama berdekah melihat reaksi selamba dari kucing itu yang masih memilih untuk tidur di situ. Melihatkan gayanya mengejutkan kucing itu, netizen turut berseloroh gayanya itu seolah-olah sedang mengejutkan rakan sendiri yang tengah tidur.
Sumber: imuslimnetwork.com
-
PANDUAN4 years agoMesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI4 years agoAyah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH4 years agoNiat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI4 years agoAlhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI4 years agoMampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI4 years agoPelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA4 years agoNasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI4 years ago“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.

