Connect with us

SEMASA

Kanak-Kanak 7 Tahun Parah Dipukul Tukul Oleh Bapa Saudara

Published

on

Kanak-Kanak 7 Tahun Parah Dipukul Tukul Oleh Bapa Saudara

BACHOK, 25 Sept – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun kini bertarung nyawa selepas dipercayai dipukul dengan tukul oleh bapa saudaranya dalam satu kejadian mengejutkan di sebuah rumah kedai di Jalan Kedai Jelawat, semalam.

Kejadian berlaku sekitar jam 5 petang, menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. Difahamkan, mangsa kini berada dalam keadaan kritikal dan menerima rawatan di Hospital Bachok.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohd Azrie Sulaiman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang melaporkan insiden tersebut.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai memukul mangsa menggunakan tukul di rumahnya sendiri. Mangsa pula merupakan anak saudara kepada suspek,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Setakat ini, punca kejadian masih dalam siasatan. Kes ini turut menimbulkan kebimbangan orang ramai mengenai keselamatan kanak-kanak serta isu keganasan domestik yang semakin meruncing.

Polis memaklumkan perkembangan lanjut akan dimaklumkan sebaik siasatan selesai dijalankan.

Sumber Fb

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.