SEMASA
“Jika Telefon Dibuang Ke Laut, Itu Tanda Saya Sudah Ditangkap” – Ardell Aryana Dedah Prosedur Cemas Flotilla
Ardell Aryana Dedah Prosedur
Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana sekali lagi menyentuh hati ramai apabila tampil mendedahkan persediaan yang perlu dilakukan sekiranya bot misi Global Sumud Flotilla diserang rejim Zionis Israel.
Dalam siaran langsung di TikTok, Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 35, menjelaskan salah satu amanah yang dipikulnya adalah melakukan rakaman langsung kecemasan (SOS) untuk menunjukkan keadaan sebenar di atas bot.
“Apabila telefon dibuang ke laut, itu tanda saya sudah ditangkap,” ujarnya dengan nada tenang tetapi penuh makna.

Tanda Bahaya Paling Kritikal
Menurut Ardell, setiap sukarelawan sudah diberi taklimat tentang prosedur kecemasan sekiranya berdepan ancaman. Antaranya, mereka perlu segera merakam suasana di atas kapal – termasuk bukti bahawa misi flotilla ini tidak membawa sebarang senjata.
“Pisau, garfu, atau apa sahaja barang tajam akan dikumpul dan dibuang ke laut. Semua ini adalah misi bantuan semata-mata, bukan peperangan,” katanya.
Lebih menyayat hati, Ardell turut mendedahkan detik paling getir adalah apabila ketua misi memberi arahan untuk membuang telefon bimbit ke laut.
“Saya orang terakhir yang akan buang telefon, supaya rakaman secara langsung masih berjalan. Dunia perlu nampak siapa yang menindas siapa,” katanya lagi.
Serah Segalanya Kepada Allah
Ardell juga mengakui, sebaik sahaja telefon bimbit dicampakkan ke laut, ia bermakna komunikasi dengan dunia luar akan terputus sepenuhnya dan besar kemungkinan semua sukarelawan ditawan.
Namun, pelakon ini tetap reda dengan ketentuan.
“Selepas itu, saya serahkan semuanya kepada Allah. Jangan fikir saya tak sanggup… kalau rakyat Gaza boleh bertahan, kami pun kena kuat.”
Baca lagi : Erdogan Berhasrat Bebaskan Masjid Al-Aqsa –
Rayu Doa Rakyat Malaysia
Dalam kesempatan sama, Ardell merayu orang ramai untuk tidak berhenti mendoakan mereka. Katanya, doa dan sokongan kesedaran itulah kekuatan sebenar buat para sukarelawan.
“Ini bukan misi mudah, tapi ia amanah. Jangan risau tentang kami, risaukan saudara kita di Gaza. Doakan kami dan jangan pernah berhenti bercakap tentang kezaliman yang berlaku di sana,” tambahnya.
Solidariti Buat Gaza
Misi Global Sumud Flotilla kali ini menghimpunkan lebih 1,000 aktivis kemanusiaan dari pelbagai negara, termasuk Malaysia, dengan tujuan menghantar bantuan terus kepada rakyat Palestin yang terkepung di Semenanjung Gaza.
Jika rakaman kecemasan berjaya disiarkan, ia akan menjadi bukti jelas kepada dunia mengenai apa yang sebenarnya berlaku di lautan – bahawa misi ini benar-benar untuk keamanan, bukannya peperangan.
Video Penuh Ardell Aryana Dedah Prosedur :
@aridahim1 #globalsumudflotilla #fyppppppppppppppppppppppp #ardellaryana ♬ bunyi asal – AridaHim
/p>
-
PANDUAN4 years agoMesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI3 years agoAyah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH3 years agoNiat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI4 years agoAlhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI4 years agoMampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI3 years agoPelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA3 years agoNasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI3 years ago“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.

