PANDUAN
Ini Kelebihan Tanam Pokok Dalam Tong Atau Polibeg Berbanding Tanam Terus Ke Tanah
Ini Kelebihan Tanam Pokok Dalam Tong Atau Polibeg Berbanding Tanam Terus Ke Tanah
Ilmu ini dikongsi oleh D’Pro A’nas yang suka berkebun dan selalu berkongsi tip tentang penanaman di media sosial.
Halaman rumah luas untuk bercucuk tanam jadi kenapa nak tanam pokok dalam bekas tong, pasu atau polibeg. Ramai tak tahu tanam dalam bekas sebenarnya ada kelebihan tersendiri. Bagi yang baru nak mula bercucuk tanam info ini elok kita tahu.
Menurut beliau melalui pengalamannya, cara penanaman pokok dalam polibeg/tong lebih mudah dan paling penting lebih mudah untuk berbuah.

Kelebihan tanam pokok dalam tong/ polibeg/ pasu
Saya memilih cara penanaman dalam polibeg dan tong kerana senang untuk membuat penjagaan dan pengalihan pokok bila perlu.
Ini kerana fungsinya yang lebih efektif dan cepat berhasil berbanding menanam di tanah. Ini adalah kelebihan penanaman pokok dalam tong/polibeg;
1. Dalam aspek kawalan
Pemerhatian kesihatan pokok daripada serangan hama/kutu,serangga,kulat dan banyak lagi perosak tanaman akan jadi lebih mudah.
Contoh = Tahap/Jenis RACUN.
2. Dalam aspek pembajaan
Sukatan yang diberikan adalah dalam tahap yang diperlukan oleh pokok untuk mendapat makanan yang optima serta tidak terganggu oleh rumput yg tumbuh di sekeling ygan turut sama berlumba untuk mendapat makanan.
3. Dalam Pembuahan (ini yang lebih utama)
Boleh saya katakan pokok dalam bekas lebih senang utk dibuahkan. Ini kerana pokok yg berada dalam tong dapat ‘distreskan‘ utk dipaksa mengeluarkan bunga bagi menghasilkan buah.
Sebabnya pokok dalam tong/pasu tahap perkembangan akarnya adalah terhad. Boleh dikatakan pokok ada juga ‘otak’. Ia akan mencari sumber makanan melalui akar. Selagi akar tidak keluar dari tong/pasu, ia tak akan utk segera melahirkan buah.
Di sinilah kita dapat memaksa pokok utk berbuah. Dengan syarat akar tidak keluar dan menyentuh tanah. Inilah antara keistimewaan pokok yang ditanam dalam tong/pasu. Ia dapat dikawal.
Berlainan pula pokok-pokok yg ditanam terus ke tanah. Ia jadi lambat berbuah disebabkan pokok itu terlalu nak membesar, tidak dapat dikawal bila ia nak berbuah cepat. Selagi akarnya terus berjalan mencari sumber makanan pokok akan terus membesar.

Bagi yang mahu melakukan penanaman dalam bekas boleh ikut tip berikut;
Pemilihan pasu
Pilih pasu atau tong mengikut tanaman
-Tanaman jangka pendek – polibeg/pasu kecil
-Tanaman jangka panjang – tong besar
Campuran media tanam ikut jenis tanaman
Tanaman Jangka Pendek – Tanah + Compos 2.1 (Polibeg)
Tanaman Jangka Panjang -Tanah + Cocopeat + Compos + Serkam Padi/Pasir 3.1.1.1 (Tong)
Campuran media-media ini adalah utk membuat tanah yg gembur dan akan mengeras pada jangka masa yg lama.
Pemilihan jenis tanaman
Pokok sayur/ sayuran berbuah (Tanaman Jangka Pendek ) – Polibeg
Pokok buah -buahan berrmusi (tanaman terbaik adalah dari hybrid, cangkuk, tut, kahwin kerana kecil pun dah mengeluarkan buah – (Tanaman Jangka Panjang) – Tong.
Senang pantau aspek;
- Kesihatan pokok
- Percambahan Pokok
- Pembibitan pokok
- Pengalihan pokok
- Mudah pembajaan
Tanaman Jangka Pendek
– Polibeg saiz 5-6 Inci = 5 butir baja
– Polibeg saiz 8-12 inci = 12 butir baja
– Polibeg saiz 14 ke 16 = 1/2 sudu teh baja
– Baja Subur NPK 15.15.15..
– Organik
Tanaman Jangka Panjang
-Tong saiz 16 inci = 1/2 sudu makan baja NPK 16.16.16. 1/2 sudu teh baja Buah.Semburan Folia.
-Tong Saiz 24 inci = 1 sudu mkn baja NPK 16.16.16. 1/2 sudu mkn TSP. 1/2 Sudu Makan Baja Buah. Semburan Folia.
-Selang seli dengan kompos dan organik
-Pembajaan 2 minggu sekali
Selamat berkebun
Sumber: D’Pro A’nas via vanila kismis
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah
-
PANDUAN4 years agoMesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI3 years agoAyah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH3 years agoNiat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI4 years agoAlhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI3 years agoMampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI3 years agoPelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA3 years agoNasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI3 years ago“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.

