Connect with us

PANDUAN

10 Cara Mudah Tapi Berkesan Hapuskan Cicak Dalam Rumah

Published

on

10 Cara Mudah Tapi Berkesan Hapuskan Cicak Dalam Rumah

Selain geli rumah boleh jadi bersepah dengan najisnya yang susah nak dibersihkan bila kering. Inilah yang buat kita tension.

Binatang ni memang kecik saja tapi ramai yang tak suka dengan kehadiran cicak di rumah.

Tapi sebelum mengetahui cara untuk menghapuskannya, katanya kita perlu kenal dulu binatang ini.

Tahu masalah ini buat ramai wanita tension Hani Mynis berkongsi tip untuk menghapuskan binatang ini.

Biodata cicak

Makanan cicak : binatang/serangga kecil seperti semut, nyamuk, lalat, kumbang, unggas, labah-labah kecil.

Habitat cicak : Tempat yang hangat (disebabkan sekarang ni kan musim hujan sebab tu banyak cicak masuk rumah, dorang sejuk kat luar tu ?), belakang almari, belakang tv, sekitar peti ais, sekitar lampu, belakang bingkai gambar dan cermin.

Pemangsa cicak: burung

Kebencian : bau yang tengik seperti bau bawang merah, bawang putih, tembakau, cuka, ubat gegat

Kesukaan : persekitaran yang kotor, tempat yang berbau hapak seperti timbunan kertas terutamanya surat khabar, timbunan kasut, timbunan baju

10 cara hapuskan cicak

Berdasarkan profile cicak kat atas ni meh hani senaraikan 10 cara nak elakkan cicak berkampung kat rumah kita.

1. Disebabkan cicak takut kat burung, bela burung kat rumah! Eh eh haha takyah sampai camtu sekali memadai sediakan jejak burung seolah2 ada burung kat rumah kita dgn cara :

Letak beberapa kulit telur burung puyuh kat area tingkap atau mana2 tempat cicak boleh masuk. Dia nampak je telur burung puyuh tu confirm tak jadi masuk rumah.

Lekatkan bulu pelepah burung kat tempat masuk cicak tu. Kalau nak cantik boleh letak bulu pelepah burung merak lekat kan dinding jadikan perhiasan.

2. Hilangkan bekalan makanan cicak kat rumah kita , iaitu kita uruskan dulu masalah nyamuk dan semut yang banyak kat rumah. Gunakan racun semut (yang jual sepeket rm1 tu sangat berkesan) dan hapuskan tempat pembiakan nyamuk.

Bila bekalan makanan dia takda kat rumah kita automatik cicak akan berkurang atau takda langsung. Hani gunakan cara ni juga yang menyebabkan kat rumah hani susah nak jumpa cicak

3. Jaga kebersihan rumah, pastikan tong sampah bertutup. Sebab bila sampah dan sisa makanan tarik perhatian lalat, automatik cicak pun datang ramai2 panggil geng dia sbb banyak makanan dia kat rumah tu.

4. Disebabkan cicak suka lepak belakang almari dan bingkai cermin dan dinding, semasa susun atur perabot jangan rapatkan perabot kat dinding. Jarakkan dalam 10 cm dari dinding. Kalau kat rumah banyak cicak, kurangkan perhiasan sangkut mcm bingkai cermin dan gambar.

5. Elakkan suka melonggok barang sama ada kain-kain, kertas dan kasut. Kitar semula surat khabar lama. Re-organise semua barang supaya teratur dan berada di “rumah” dan tempat khas utk setiap barang-barang.

6. Letak ubat gegat dalam kabinet atau laci. Tapi laci/kabinet berisi makanan tak digalakkan.

7. Letakkan beberapa ulas bawang putih atau hirisan bawang merah dalam kabinet. Tapi ini kena berhati-hati sebab perlu ditukar selang 3 hari. Kang membusuk lain pulak jadinya.

8. Guna pelekat perangkap lalat. Boleh beli di Eco. Tampalkan di sebelah peti ais atau belakang tv, bingkai cermin atau gambar.

Cicak akan melekat kat atas pelekat tu dan kita boleh buang bila dah ada beberapa cicak melekat. Tak digalakkan utk org penggeli cicak mcm hani hahaha hani x berani buat ni.

9. Lap permukaan meja makan/ kaunter kabinet dengan semburan campuran cuka (diy surface cleanerutk elakkan cicak melintas atas meja makan kita

10. Bela kucing sbb kucing boleh tolong tangkap cicak, bukan setakat cicak kadang2 sumpah2 pun dorang boleh “hadiahkan” kat tuan dia.

Semoga bermanfaat, Share kepada yang lain juga yaa tq…

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: Hani Mynis, Vanilla Kismis

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.