SEMASA
4lFatihah, Hari Yang Barakah Dan Jumaat Bulan Yang Mulia, Abu Bakar Omar Telah Meningg4l Dunia
Seniman veteran tanah air, Haji Abu Bakar Omar, 73, dilaporkan telah meningg4l dunia hari ini. Berita pemergian pelakon itu dikongsikan anaknya, Mohd Zainuddin Abu Bakar di laman Facebooknya sebentar tadi. Menurut Zainuddin, ayahnya menghembuskan nafas yang terakhir pada 9.04 pagi tadi dan akan disolatkan selepas solat Jumaat.
Jen4zah Allahyarham dijangka akan dikebumikan di Tanah Perku buran Islam Akar Peluru Jalan Pegawai, Alor Setar, Kedah selepas solat Asar hari ini, katanya. Dikemuliaan pagi Jumaat 4 Ramdhan 1442H bersamaan 16 April 2021 jam 9.04 pagi.. Dengan sedih keluarga memaklumkan bahawa Ayahanda Kami Tuan Haji Abu Bakar Omar telah dijemput kembali ke Rahmatullah..
Jen4zah akan diuruskan di No 7 Jalan Bukit Nyamuk Mukim Kurung Hitam Kuala Nerang.. Solat Jen4zah dijangka selepas solat Jumaat.. Jen4zah akan disemadikan dan disolatkan sekali lagi Masjid Al Ghufran di Tanah Perku buran Islam Akar Peluru Jalan Pegawai Alor Setar Kedah selepas Solat Asar InsyaAllah.. Mohon doakan Ayahanda kami diampuni segala khilafnya…ditempatkan bersama para Solihin..
Bagi pihak keluarga kami memohon maaf atas segala salah silap Almarhum Ayahanda kami sepanjang hayat beliau bersama masyarakat warga nusa ini.. Sekiranya ada hutang piutang ayahanda…mohon sudi berhubung dengan saya di talian 016 2210340.. Diberkati rahmat Allah selalu duhai Ayahanda… Kami akan sentiasa merinduimu..
Dari Allah kita datang…Kepada Allah kita kembali… Al-Fatihah
Sementara itu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. Rasa duk4 itu dikongsikan di laman Facebook rasmi badan berkenaan sebentar tadi. FINAS dengan rasa sedih dan dukacita ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga seniman veteran dan penggiat seni yang dihormati, Allahyarham Haji Abu Bakar Omar yang telah meningg4l dunia pada hari Jumaat, 16 April 2021. Semoga Allah SWT menempatkan Allahyarham di kalangan mereka yang soleh dan beriman.
Allahyarham pernah membintangi filem terkenal termasuk Hingga Hujung Nyawa, Cinta Kolestrol dan juga Duyung. Beliau pernah merangkul gelaran Pelakon Lelaki Terbaik hasil lakonannya dalam telefilem Gincu Ayah pada 2012.
Takziah kepada keluarga Allahyarham.
Sumber: Mohd Zainuddin Abu Bakar, FINAS
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di mimbar raudhah
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI3 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.