SEMASA
Anak Kak Ton, Nadia Annuar Memiliki 7 Darah Kacukan, Warisi Kecantikan Emaknya
Anak Kak Ton, Nadia Annuar Memiliki 7 Darah Kacukan, Warisi Kecantikan Emaknya
Nama Nadia Annuar tidak perlu diperkenalkan lagi. Sudah hampir dua dekad kelibat pengacara popṳlar itu menghiasi kaca televisyɛn.
Menjadi modɛl pada usia 19 tahun, kemudian menghadiri uji bakat sebagai pengacara untuk program Remaja, sebelum ditẫwarkan mengacara program Wanita Hari Ini (WHI) di salah sebuah stesen televḭsyen swasta.
Ibundanya yang juga usahawan kosmetḭk ternama iaitu Zaiton Hassan atau lebih dikenali sebagai Kak Ton mempunyai empat darah kacukan, anak Kak Ton ini pula mewarisi dengan tujuh kacukan keturunan yang cantik dan segak daripada kedua-dua ibu bapanya.
Bukan sahaja kejelitaan wanita kacukan Thailand, Melayu, Indonesia, Arab, Laos dan Pakistan itu jadi pusat perhatian, tetapi kepetahannya mengacarakan beberapa program popular membuatkan ramai yang terpacak lama di hadapan televisyen.
“Kalau mummy ada empat kacukan iaitu Thailand, Laos, Pakistan dan Arab. Saya yang anak ini ada ekstra lah. Sebab ayah ada keturunan Malaysia dan Indonesia,” ujar personaliti TV ini sambil tertawa.
Pengakuan tersebut dibuat sendiri Nadia tidak lama dahulu. Ditemani Kak Ton, usahawan Be Group ini membuka bicara.
Hadir dengan label keluarannya sendiri iaitu Nadia’s Secret, rangkaian produk yang diusahakan Nadia adalah mampu milik dan berkualiti. Mengambil singkatan namanya sendiri sebagai jenama perniagaan, dia yang mempunyai pengalaman lebih 11 tahun dalam industri pengacaraan menggunakan segala ilmu kecantikan yang diperoleh bagi menghasilkan produk Nadia’s Secret.
Yang pasti Nadia bukan hanya mewarisi kecantikan Kak Ton, bahkan dia turut mengikut jejak langkah ibunya dengan melibatkan diri dalam bidang pernḭagaan berasaskan kecantikan.
Antara produk Nadia’s Secret ialah minuman kesihatan dan kecantikan Be The Glamorous yang diformulasi untuk membantu menurunkan berat badan, detoks, anti penuaan, pemutihan kulit dan pati makanan tambahan Be Lemtox yang mempunyai ramuan istimewa diimport dari Itali.
“We believe in quality and want our customers to fall in love with each new product we develop and then fall head over heels when they find out it is all affordable! Nadia’s secret diciptakan oleh wanita, direka oleh wanita dan dihasilkan buat seluruh kaum wanita di luar sana.”
Nadia yang gemar bergaya dengan fesyen santai itu berkata, rahsia utamanya adalah bersenam, selain mengamalkan pemakanan yang sihat. Nampak klise, tetapi itulah tip membolehkan beliau kekal aktif dan fit sepanjang hari.
“Ingat, semakin kita berusia, pilihan produk terutamanya pembersih muka perlu dititik beratkan. Begitu juga dengan seleksi pelembap muka dan serum. Memang agak renyah, tetapi hasilnya berbaloi,” katanya.
“Bila bersenam, bukan sahaja bentuk badan cantik, malah kulit pun jadi berseri-seri. Paling penting, perlu pilih produk kecantikan yang betul-betul serasi dengan kulit dan mempunyai kelulusan.
“Jika hati bahagia dan mood stabil, diri kita tidak cepat dimamah usia. Jadi, jangan sesekali malas untuk mencantikkan tubuh badan kita kerana semuanya bermula daripada dalaman yang sihat,” tambahnya.
Satu lagi pesanan Nadia untuk wanita terutamanya yang sudah bergelar ibu, praktikkan amalan dan aktiviti sihat serta lakukan hobi yang mampu menggembira dan membahagiakan hati.
“Saya bekerja keras seperti orang lain, bangun pukul enam pagi setiap hari untuk ke Sri Pentas mengacarakan program Malaysia Hari Ini dan selepas itu ada kerja-kerja penyiaran lain hingga malam.
Terdahulu, bercerita mengenai kehidupannya, pengacara berusia 38 tahun itu memberitahu dia masih bekerja keras sebagai pengacara dan penceramah motivasi biarpun mampu menjalani kehidupan mewah sebagai seorang jṳtawan. Katanya juga, sejak kecil dia dibesarkan secara sederhana dan tidak terlalu dis0gok dengan kemɛwahan.
Walaupun sibuk dengan komitmen dalam bidang yang diceburi baik dari segi kecantikan diri mahupun perniagaan, Nadia tetap tidak mengabaikan tanggungjawab menguruskan suami dan anak-anak.
“Saya tidak pernah menganggap kehidupan saya sudah selesa dengan apa yang ada ini kerana sejak kecil lagi diajar untuk hidup sederhana,” ujarnya.
Menjadi individu yang dikenali pada mata masyarakat, Nadia mestinya tidak terlepas dari tercalit dengan kontr0versi. Dia juga merupakan kakak kepada pelakon lelaki popular, Harris Annuar.
Sumber: ohinfokini.com
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI2 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.