PANDUAN
Tersilap Transfer Duit? Ini Cara Perlu Buat Untuk Dapatkan Semula Wang Kita
Tersilap Transfer Duit? Ini Cara Perlu Buat Untuk Dapatkan Semula Wang Kita
Mesti pernah jadi macam ni kat korang kan? Kalau tak pernah lagi mungkin akan datang boleh terjadi. So, nak buat apa kalau berlaku macam ni? Ya lah kalau beli nasi ayam ke RM5 tak apa, tapi ni beli kek RM100 banyak juga tu kan kalau nak kira halal. Kalau tersalah buat dan cepat-cepat call bank mungkin dapat tolong, tapi kalau dah lambat baru perasan kadang bank dah tak boleh batalkan transaksi. Jangan panik jangan risau, ini cara dapatkan semula wang yang salah transfer ke akaun orang lain
Kalau zaman dulu, nak bayar semua secara tunai je atau pergi ke bank. Kini zaman dan canggih, nak bayar atau bagi duit dekat orang lain boleh dibuat semua secara online atau atas talian je. Tak kira lah guna komputer ataupun telefon je. Lagi-lagi sekarang beli makanan pun boleh bayar online je. Kadang-kadang tu sebab nak cepat boleh jadi kita tersilap buat transaksi bayaran ke orang lain.
Cara Dapat Kembali Duit Yang Tersalah Transfer Ke Akaun Orang Lain
3. Tunggu Persetujuan Pemilik Akaun Bank Yang Menerima Duit Tersilap Hantar
Disebabkan pemindahan wang yang dibuat ni adalah kesilapan korang sendiri dan transaksi tersebut juga adalah berjaya, pihak bank tidak boleh dengan mudahnya memasukkan kembali duit tersebut ke dalam akaun asal tanpa ada sebarang persetujuan pemilik akaun tersebut.
Maka boleh jadi dua kemungkinan iaitu pihak pemilik akaun bersetuju ataupun tidak bersetuju memulangkan kembali wang tersebut. Jika pemilik berkenaan bersetuju, beliau hendaklah hadir ke cawangan bank yang digunakan ketika transaksi diterima dan juga mengi borang khas. Setelah selesai diproses, barulah wang korang tu akan dikembalikan
2. Pergi ke Cawangan Bank Yang Digunakan
Setelah mendapatkan salinan laporan polis, hadir ke mana-mana cawangan berhampiran Bank yang korang guna tu. Di kaunter, jelaskan lebih lanjut kepada staf bank situasi yang korang hadapi dan minta bantuan agar dapat mengembalikan wang korang.
1. Segera Buat Laporan Polis
Memang kebiasaannya bila melibatkan wang ringgit ni, perkara pertama korang kena buat adalah laporan polis. Pergi sahaja ke mana-mana balai polis berdekatan dan bagitahu nak buat laporan sebab tersalah buat pindahan wang ringgit. Dalam laporan polis tu boleh masukkan antara maklumat berikut:
- Waktu transaksi (Boleh tengok di online banking)
- Nombor akaun yang silap transfer
- Jumlah Wang yang telah dipindahkan
- Butiran lain berkaitan
Pastikan korang dapat sesalinan laporan yang dibuat untuk rekod simpanan dan memudahkan proses akan datang.
Bagaimana Jika Penerima / Pemilik Akaun Enggan Memulangkan Kembali Wang?
Ianya boleh dilakukan menerusi mahkamah majistret dan hanya boleh dibuat apabila jumlah tuntutuan adalah tidak lebih RM 5 ribu sahaja. Korang yang melalui prosedur tuntutan ini tak perlu pun nak lantik peguam, tapi sekiranya nak guna peguam dari luar mahkmah juga adalah dibenarkan. Hanya perlu isi borang tuntutan yang boleh didapati dari mahkamah majistret.
Kalau terjadi sebegini iaitu pemilik akaun tidak ingin memulangkan kembali wang korang tu, tindakan yang korang boleh buat adalah dengan membawa perkara ini ke pihak mahkamah. Jika jumlah wang yang dipindahkan itu di bawah RM5,000 maka korang perlu isi borang tuntutan melalui Prosedur Tuntutan Kecil / Small Claim Procedure.
Walau bagaimanapun, jika jumlah yang tersalah transfer tu melebihi RM 5 ribu, korang memang tak ada cara lain selain menggunakan khidmat peguam untuk mendapatkan kembali wang yang korang tersalah pindah tu.
Sememangnya nak dapatkan duit ni bukan lah satu proses yang mudah. Jadi sebelum nak transfer atau beli barang online tu pastikan lah korang check nombor akaun tu banyak kali sebelum transaksi berjaya. Nak tahu cara dapatkan duit akaun bank hilang tiba-tiba boleh baca di SINI
Semoga bermanfaat, Share kepada yang lain juga yaa tq…
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: Mysumber
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah
-
PANDUAN4 years agoMesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI4 years agoAyah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH4 years agoNiat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI4 years agoAlhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI4 years agoMampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI4 years agoPelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA4 years agoNasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI4 years ago“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.

