GAYA HIDUP
Cara ‘Left Group’ WhatsApp Dengan ‘Sopan’ Tak Akan Ada Yang Perasan
WhatsApp antara aplikasi telefon pintar yang menghubungkan setiap individu dengan mudah. Malah korang tak perlukan wang untuk memasang aplikasi Whatsapp di telefon pintar cukup sekadar dapatkan data Internet sahaja.
Melalui aplikasi pintar ini, korang boleh menghantar mesej, gambar, video, audio dan pesanan suara dengan mudah tanpa kos yang tinggi. Malah penggunaan data yang kecil berbanding aplikasi-aplikasi lain menjadikan ia menjadi pilihan ramai.
WhatsApp group membolehkan korang berkomunikasi dengan lebih 250 orang rakan dalam ruangan ‘group’.Kadang-kala, kita akan ‘dijemput’ masuk ke pelbagai kumpulan di aplikasi WhatsApp tanpa pengetahuan kita.

Ini amat menjengkelkan apabila korang memang tidak mahu terlibat secara aktif di kumpulan tersebut. Atau mungkin disebabkan oleh kehadiran ahli yang ‘toksik’ menyebabkan korang kurang senang. Malah terlalu banyak notifikasi daripada pelbagai kumpulan daripada aplikasi ini juga boleh menyebabkan bateri telefon pintar cepat habis.
Bagi yang rasa serba salah untuk left group begitu sahaja atau risau rakan-rakan berkecil hati bolehlah melakukan dua cara untuk keluar dari kumpulan tersebut secara senyap tanpa disedari ahli yang lain.
Cara meninggalkan kumpulan WhatsApp boleh dilakukan dengan mudah tanpa perlu menukar nombor. Walaupun korang perlu melalui beberapa cara, kaedah ini cukup sangat berkesan tanpa meninggalkan kesan yang mencurigakan dan tentu saja tanpa jejak.
1. Keluar Whatsapp group dengan cara menukar nombor telefon secara sementara
Cara pertama untuk meninggalkan kumpulan WhatsApp ini boleh dilakukan tanpa menukar nombor secara kekal. Walau bagaimanapun, korang masih perlu menyediakan satu nombor telefon baru untuk dipasang sementara sehingga proses keluar itu selesai.

Cara-caranya
1. Pergi ke bahagian ‘setting’ di WhatsApp.
2. Klik ‘account.’
3. Pilih bahagian ‘tukar nombor’, kemudian masukkan nombor baru yang korang sudah sediakan.
4. Masukkan nombor lama dan nombor baru.
5. Dalam kumpulan WhatsApp korang, ahli akan menerima pemberitahuan bahawa akaun telah menukar nombor mereka dengan menunjukkan nombor korang yang baru. Tidak perlu risau, pemberitahuan ini sering diabaikan oleh ramai orang di WhatsAppp.
6. Setelah nombor telah terganti, pilih kumpulan WhatsApp yang sasarkan itu dan kemudian di bahagian profil kumpulan tersebut, klik ‘exit group’ di bahagian paling bawah.
Setelah selesai proses pengeluaran dari kumpulan itu, masukkan kembali nombor lama anda.
Namun cara ini juga ada kelemahannya kerana ia agak rumit kerana korang memerlukan dua nombor dan memerlukan proses yang panjang. Untuk mengelakkan kehilangan data akibat penukaran nombor telefon, pastikan korang ‘backup’ data telefon korang di ‘iCloud’ atau ‘Google Drive’

2. Keluar kumpulan WhatsApp dengan ‘mute’ selamanya
Kaedah terakhir ini adalah alternatif bagi korang yang ingin nyah aktif sesetengah kumpulan. Walaupun korang masih menjadi sebahagian daripada kumpulan tersebut, dengan mengaktifkan mod senyap selama-lamanya, korang tidak akan menerima notifikasi walaupun banyak mesej baru yang diterima.
Cara ini boleh dibuat dengan langkah ‘mute notification’ dan klik pada bahagian ‘always’. Dengan ini, korang akan bebas daripada sebarang aktiviti di kumpulan WhatsApps tersebut.
Melakukan perkara ini bukanlah bermaksud korang memutuskan silaturahim. Namun untuk mengelakkan orang yang toksik dan situasi yang kurang menyenangkan. Diharapkan dengan cara ini dapat memberikan kesihatan mental yang lebih baik dan ketenangan.
Sumber:SinarHarian
-
PANDUAN4 years agoMesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI4 years agoAyah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH4 years agoNiat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI4 years agoAlhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI4 years agoMampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI3 years agoPelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA4 years agoNasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI3 years ago“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.

