AGAMA
IniIah Kisah Bagaimana Paul Pogba Dan lsteri Menemui Hidayah IsIam
Semua orang tahu bahawa pemain tengah Manchester United adalah seorang Islam. Seperti yang beliau pernah kongsikan sebelum ini, Pogba bukanlah seorang Islam sejak lahir.
Beberapa perkongsian di Instagram sebelum ini turut memaparkan bagaimana Pogba beribadah, menampilkan sisi berlainan pemain ini yang kebiasaannya amat dikenali dengan populariti ibarat selebriti.
Salah satunya ialah apabila Pogba berkongsi ibadah umrah yang beliau lakukan setelah membawa Manchester United meraih gelaran Liga Europa pada 2017.
Beliau kini dikatakan sedang membimbing isterinya pula ke arah Islam. Tetapi tahukah anda kisah di sebalik Pogba sendiri?
Datangnya hidayah
Walaupun ibunya adalah seorang Islam, Pogba sebenarnya bukan tertarik kepada Islam melalui ibu kand ungnya itu.
Ibu Pogba dalam satu laporan oleh Independent berkata, dirinya tidak pernah meminta atau memaksa ketiga-tiga anak lelakinya memeIuk agama Islam.
Sebaliknya ia adalah melalui rakan-rakannya saat Pogba mulai jatuh cinta dengan Islam.
Menurut laporan Indenpdent lagi, pada usia remaja Pogba sedang mengalami kesuIitan dan sedang menanti ketenangan. Beliau mulai mengikuti rakan-rakan muslimnya dan merasakan sesuatu yang berbeza.
Paul Pogba menemukan lslam justru dari teman-teman sepermainan dan bukan dari sang ibu yang sejatinya seorang muslimah.
“Itu (Islam) datang kerana saya mempunyai ramai rakan beragama Islam. Kami selalu berbicara. Saya bertanyakan banyak hal, kemudian saya mulai melakukan penelitian sendiri,” katanya.
“Saya berdoa sekali dengan rakan-rakan dan merasakan sesuatu yang berbeza. Saya merasa sangat baik. Sejak hari itu saya terus melakukannya. Solat lima waktu sehari sebagai salah satu rukun Islam,” tambahnya.
Meluaskan syariat Islam
Setelah menjadi muslim, Pogba mengakui jika dirinya berubah menjadi lebih baik dan membuat hatinya lebih damai dari sebelumnya. Banyak perubahan pos!tif yang beliau rasakan, termasuk sikap saling menghormati satu sama lain.
“Islam benar-benar sebuah agama yang membuka fikiranku, dan membuatkan diri saya menjadi orang yang lebih baik. Bahkan ketika bersama dengan bukan seorang Muslim, anda harus tahu menghargai tanpa membezakan agama atau warna kulit.
“Inilah Islam, penghormatan terhadap kemanusiaan dan segalanya,” tambah Pogba lagi.
Pogba kini nampaknya turut mahu Islam terus berkembang mekar di dalam keluarganya. lsteri beliau, Maria Zulay Salaues mulai berpenampilan penutup khas seorang muslimah.
Kebiasanya Maria Zulay Salaues selalu tampil terbuka. Tetapi kini di awal bulan Ramadan. beliau memilih untuk berhijab. Hal itu diketahui dari postingan Instagram yang dikongsi oleh Zulay.
Sumber: Independent via semuanyabola
-
PANDUAN4 years agoMesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI3 years agoAyah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH3 years agoNiat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI4 years agoAlhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI4 years agoMampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI3 years agoPelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA3 years agoNasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI3 years ago“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.

