Connect with us

SEMASA

Aini Jasmin Seniwati Berbakat Yang Tidak Didendang, Seorang Permata Industri Dilupakan Ketika Akhir Hayatnya

Published

on

Aini Jasmin Seniwati Berbakat Yang Tidak Didendang, Seorang Permata Industri Dilupakan Ketika Akhir Hayatnya

Aini Jasmin dilahirkan di Batavia (nama asal Jakarta) pada tahun 1923. Manakala 1927 adalah tahun daftarnya, sejak remaja berusia belasan tahun beliau telah aktif di pentas bangsawan sebagai penari dan pelakon. Rombongan bangsawan yang disertainya itu telah menjelajah di bandar-bandar besar di kepulauan Sumatera dan Singapura.

Nama Aini Jasmin memang tidak asing lagi bagi peminat filem-filem Melayu. Beliau sangat popular dengan wataknya dalam filem Pendekar Bujang Lapok (1959) arahan P. Ramlee, walaupun hanya sebagai pelakon pembantu.

Pada penghujung tahun 1947, Aini Jasmin mencuba nasib untuk menjadi pelakon di studio Jalan Ampas. Studio itu baru sahaja dibuka semula setelah ditutup beberapa tahun akibat Perang Dunia Kedua. Oleh kerana mempunyai pengalaman berlakon, beliau diterima bekerja dengan bayaran $5 sehari.

Aini Jasmin boleh dikatakan sebagai salah seorang pelakon yang produktif di era 1950-an dan 1960-an. Beliau telah berlakon dalam lebih daripada 70 buah filem! Memandangkan Aini Jasmin seorang pelakon freelance, beliau telah berlakon dalam kebanyakan filem-filem di Jalan Ampas dan Cathay Keris.

Kebanyakan watak yang diberi kepadanya adalah sebagai dayang istana dan orang gaji. Watak-watak sebegitu lazimnya menjadi ‘comic relief’ dalam filem-filem Melayu awal 1950-an. Oleh kerana raut wajahnya yang agak melucukan, penonton sentiasa terhibur dengan telatahnya di layar perak.

Kisah sedihnya diceritakan orang ramai ketika itu, tiada tempat bergantung, tiada pendapatan dan ketika itu tiada siapa yang mengingatinya kerana sudah tua.

Walaupun sudah terlibat dalam lebih 70 buah filem dari 3 studio berbeza, namun beliau masih terhimpit dalam kemasyuran namanya.

AINI JASMIN HIDUP DALAM KESEMPITAN

Kesihatan beliau semakin merosot apabila disahkan menghidap penyakit kencing manis. Aini Jasmin menghabiskan sisa-sisa hidupnya bergantung kepada wang bantuan jabatan kebajikan masyarakat yang berjumlah S$80 sebulan yang digunakannya untuk membayar sewa bilik dan perbelanjaan sekolah anaknya.

Pada tahun 1973, kerancakan filem Melayu Singapura mula padam. Beliau yang semakin lanjut usia, sukar untuk meneruskan kehidupan dan banyak menghabiskan sebahagian besar hidup bersama anak perempuannya, Suriati Bakar, di sebuah bilik yang terletak di Aljunied Crescent.

Aini Jasmin dilaporkan meninggal dunia pada 29 Jun 1988, sekitar jam 7:40 pagi di Blok 109, Aljunied Crescent. Menurut anaknya, beliau dibawa pulang ke rumah sehari sebelumnya selepas dirawat di Hospital Besar Singapura selama sebulan akibat tercedera terkena air panas. Beliau kemudiannya dikebumikan di Pusara Aman, Singapura.

Bagi menambah pendapatan, Aini Jasmin bersama anaknya mengambil upah membasuh pakaian di rumah-rumah orang. Ada ketikanya beliau perlu ke hospital setiap hari untuk mendapatkan rawatan. Aini Jasmin terpaksa merayu kepada doktor yang merawatnya supaya mengurangkan bayaran yang dikenakan.

Al-Fatihah buat roh Allahyarham Aini Jasmin. (1923-1988)

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: theklasik

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Mimbarraudhah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.